“Semoga Jadi Saham Akhirat” – Rita Rudaini

Tak sangka, sudah lebih kurang lapan tahun pelakon Rita Rudaini bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya matanya Airit Rayyan Rizqin (10) dan Airit Qaqa Arjuna (8).  

Walaupun bukan mudah memainkan peranan ibu dan juga bapa kepada kedua-dua anaknya itu, tetapi Rita membuktikan ianya tidak mustahil untuk membesarkan anak tanpa kehadiran suami.

Rita yang pergi menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya baru-baru ini tidak lupa berkongsi  foto-foto mereka semasa di Mekah dan Madinah buat tatapan umum.

Di antara salah satu perkongsian pelakon Mami Jarum Junior ini merupakan satu video yang memaparkan anak sulungnya Rayyan, sedang melakukan hafazan surah pendek dalam al-Quran. 

“Mommy memang berhajat untuk tengok anak-anak mommy jadi al-Hafiz sebelum mommy tutup mata…anak-anak lelaki saham mommy di sana…

“InsyaAllah moga di perkenankan olehNYA…” tulis Rita sebagai kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikut Rita yang memuji cara pelakon jelita ini mendidik kedua-dua anaknya  serta mendoakan agar Allah memakbulkan segala doa Rita. 

Untuk rekod, Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013. 

 

Kredit Foto: Instagram @ritrud727

Del14