Semoga Lekas Sembuh…Doakan Shalma Eliana!

Baru-baru ini, penyanyi Ismail Izzani telah memuatnaik sekeping gambar memperlihatkan ‘teman tapi mesranya’, penyanyi Shalma Eliana dimasukkan ke hospital.

Menurut pelantun lagu Janji Terindah ini, dia kini sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.

“Kaki patah dan saya sedang tunggu waktu untuk dibedah,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Sementara itu, adik kepada pengacara Shalma Ainaa ini turut memuat naik foto menunjukkan kakinya yang membengkak.

Sebilangan besar pengikutnya meninggalkan komen positif dan berdoa agar Eliana terus kuat dan segera sembuh.

Semoga dipermudahkan urusan, Eliana!

SGMS Faida