Sempena 1 Juta View di YouTube, Baim Wong Jadi Orang Gila

Tular di sosial media dimana pelakon Indonesia terkenal Baim Wong menyamar sebagai orang gila. Baim menyamar seperti orang gila meminta makanan dan meminta simpati.  Ada individu yang membantu dengan memberi makanan.

Pada individu yang membantunya , Baim menyambut baik dan menghulurkan saguhati berupa wang pada mereka .

Video yang tular ini sudah mendapat tontonan lebih dari 4 juta dan dikatakan video penyamaran ini sempena meraikan 1 juta peminatnya di YouTube miliknya


Dalam banyak video yang dirakam ada satu video yang menyentuh perasaan. Dengan watak gila yang  didukunginya, meminta sesikat pisang kepada peniaga pisang. Tanpa gusar dan ragu-ragu, peniaga  itu menghulur dengan ikhlas padanya.

Dari situ, Baim tersentuh dan terus terdetik didalam hatinya untuk membantu peniaga ini. Apabila di hulur sejumlah wang, peniaga itu menangis dan terharu tidak sangka yang rupanya ini adalah penyamaran.

Ianya tidak habis disini saja dimana Baim sekali lagi mencari peniaga pisang (si ibu) itu dan mengajaknya datang ke rumah. Beranggapan yang pendapatan penjual pisang tidak mendapat untung yang banyak membuatkan dia ingin membantu lagi

Bertanya pada si ibu apakah ada hajat yang belum dilaksanakan dan dia ingin membantu jika diberi peluang.

Si ibu memberitahu dia berhajat untuk menunaikan umrah dan seterusnya Baim memberikan seikat wang berjumlah Rp$10 juta (RM2,900) agar ibu dapat meneruskan hajatnya

Baim 38, atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim pelakon berbangsa Cina Indonesia yang telah berkahwin dengan aktres Paula Verhoeven pada 22 November 2018.

SGMS Enal