Hiburan By: Del14 November 20, 2019 @ 2:52pm

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Nur Risteena, Ruhainies Suruh Cepat-Cepat Kahwin

Pelakon Ruhainies telah menulis satu ucapan yang sungguh bermakna buat kakaknya Nur Risteena yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 semalam,  19 November.

Ucapan itu dikongsi dengan pengikut-pengikutnya di instagram miliknya @ruhainies7. 

“Happy birthday my beautiful sister Nur Risteena. On your special day I wish you only smiles and joy.  May each minute of your life be filled with happiness and may this birthday be just perfect for you!

“Semoga cepat kawin so that I can kawin after you. You’re not getting younger yeah.  Remember whoever you will choose to be your lifetime partner, I restu.

“As long as you’re happy. Keep doing what you love to do.  You will have my full support. Keep being yourself,” tulis Ruhainies sebagai kapsyen sempena hari jadi kakaknya itu.

Terdahulu, Nur Risteena dikatakan akan berkahwin dengan jejaka pilihannya, Ikhwan Khairuddin yang dikenalinya sejak 7 tahun lalu, pada hujung tahun ini. 

Namun demikian status hubungan pelakon yang popular menerusi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’ dengan Ikhwan menjadi tanda tanya apabila dia tiba-tiba digosipkan dengan pelakon, Isa Khan dan mereka dikatakan sedang hangat bercinta.

Siapa Lelaki Misteri Dalam Hidup Risteena Munim?

Pemilik nama penuh Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas ini juga telah memuatnaik satu video dalam akaun instagram miliknya baru-baru ini, di mana dia memakai persalinan pengantin dengan kapsyen yang menunjukkan dia sedang dilamun cinta dan memberi bayangan sedang menghitung hari untuk menamatkan zaman bujangnya.

 
 
 
View this post on Instagram

Done fitting. Counting days ? Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya. Kisah cinta saya bermula ketika saya berjumpa dengan seseorang yang terlalu menyintai saya. Di awal perkenalan kami tidak banyak bercakap. Saya tak pernah sangka akan ada seseorang yang akan menyintai saya sebanyak ini. Disaat saya menghadapi saat sukar dalam hidup, dia sentiasa ada. Dia seorang yang akan buat apa sahaja untuk happykan saya, setiap permintaan saya, dia cuba tunaikan. Tak pernah merungut. Sentiasa melayan karenah saya. Dia seorang yang akan tahu bila saya okay dan bila saya tak okay. Dia tahu apa yang saya suka, apa yang saya tak suka. Terlalu cepat dia mengenali saya. Semakin hari dia cuba untuk lebih mengenali saya. Walaupun pada awal perkenalan kami tidak banyak bercakap tetapi sekarang tidak ada sehari pun kami tak berjumpa. Walaupun habis shooting lewat, sekejap pun dia akan datang untuk jumpa saya. We can’t go a day without seeing each other. Benda yang boleh buat dia sedih, bila dia terpaksa jauh dengan saya. How sweet! Masa saya accident, dia orang pertama yang sampai walaupun 3 pagi. Masa saya sakit, dia orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia jaga family saya. Dia seseorang yang selalu ambil berat pasal family saya, itu buatkan saya jatuh hati. Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati. Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila. Lagu Cinta Luar Biasa akan sentiasa jadi lagu kita. Kerana cinta kita luar biasa. Ini merupakan langkah pertama untuk langkah yang berikutnya. Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah,kita mulakan dengan bismillah. To be continued…

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Risteena dan Selamat Hari Jadi dari team Xtra!

Kredit Foto: Instagram @ruhainies7 & @nur_risteena

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jan 2024
FESYEN Thu, 11 Apr 2019

Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Koleksi raya Rizalman bertemakan Konsep Diraja Britain Hanya di E! News.

Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Betul Ke Zul Ariffin Jatuh Cinta Dengan Azira Syafinaz ?

Wah! Nak tau sweet ke tak Zul dan Azura Syafinaz, kenalah baca artikel ni okay!

Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Resepsi Kahwin Mawar Rashid, Raf Yaakob

Setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah kek perkahwinan buat mempelai

LIFESTYLE Thu, 15 Aug 2019

Celebrate Malaysia’s National Day with Big Savings from IKEA!

Calling out IKEA enthusiasts out there! Great offers await Malaysians on this upcoming Merdeka Madness clearance in conjunction of the National Day celebration! Carlton Dance GIF from Carlton GIFs Kicking off on August 15th until […]

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Alahai Lofa…

Pengguna Twitter @FizzZoule memuatnaik sebuah video menunjukkan Neelofa sedang bersiap untuk penggambaran iklan beliau di Taiwan. Namun dialog yang dilontarkan Neelofa dalam video tersebut seakan memerli video yang dirakamkan Fazura lebih awal.

Hiburan Fri, 10 May 2019

’Gerobok Rezeki’ Bantu Penuntut Universiti Kurang Berkemampuan

Antara juadah disediakan ialah pek lengkap sajian berbuka manakala untuk bersahur, penuntut boleh memilih untuk mengambil roti, kek, pek lauk pauk segera untuk dimakan bersama nasi atau roti, sapuan tuna, biskut, jus dan buah-buahan.

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Gordon Ramsay Forced to Eat Bull Penis in Front of Live Audience!

It was a crazy truth or dare game gone wrong.

Hiburan Tue, 23 Jan 2024