Hiburan By: Khairil Khusyairi December 28, 2023 @ 5:58pm

Pernah Hasrat Nak Bersara Sebab Rasa Hilang Semangat & Dilupakan, Nadia Aqilah Syukur Tahun 2023 Bawa Rezeki – “Saya Akan Kembali…”

Pelakon Nadia Aqilah mendedahkan dia pernah berhasrat untuk bersara daripada dunia seni selepas melahirkan bayi kedua pada April lalu.

Berkongsi di Instagram (IG), Nadia pernah memaklumkan kepada suaminya bahawa berhasrat untuk bersara kerana merasakan hilang semangat.

“Saya cakap kepada suami ‘Lepas beranak I bersara kot B, rasa lesu sangat this time around, demotivated. Mesti takde orang dah ingat I.'” tulisnya.

Tidak membiarkan perasaan itu membelengu diri, pelakon drama popular Kerana Terpaksa Aku Relakan itu bangkit semula apabila kembali aktif bekerja.

Menurut Nadia, banyak tawaran dan pengalaman baru yang diterimanya selepas melahirkan puteri bongsunya, Bayu Aria seperti mencabar diri sebagai pengacara.

“Kembali ke set untuk series bersama rakan kegemaran, kembali beraksi di pentas, akhirnya cabar diri untuk mengacara, turut bersama pelakon teater dan moderate podcast,” tulisnya.

Sehubungan dengan itu, Nadia menyifatkan tahun 2023 adalah tahun yang banyak memberinya peluang sekali gus membenam hasrat untuk bersara.

“2023, awak buat saya merasakan banyak perkara tetapi satu perkara yang awak tidak buat saya rasa adalah berhenti. 2024, Saya akan kembali lebih kuat,” tulisnya optimis. 

Untuk rekod, Nadia mendirikan rumah tangga bersama suami, Saiful Ridzuan Sharafuddin pada 21 April 2018 dan kini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Senja Aqila dan Bayu Aria.

ARTIKEL BERKAITAN: Tampilkan Lakonan Hebat Beto Kusyairy, Nadia Aqilah & Ramai Lagi… Filem magiK Selami Hidup Golongan Bermasalah Pendengaran

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Melahirkan Anak Kedua, Nadia Aqilah Masih Alami Morning Sickness – “Tak Dapat Kerja, Muntah Saya Tu…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 17 Aug 2023

COËX Perkenal Single Pertama, Gimme That Crown

Wah, good luck COËX, Gimme That Crown!

Hiburan Mon, 26 Sep 2022
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Trending Mon, 21 Oct 2019
Trending Wed, 17 Oct 2018

美照都是骗人的!20张把网美呛爆的爆笑恶搞Cosplay照

来自雪梨的女演员Celeste Barber颠覆既有网美公式,用一系列仿效名模女星的拍照POSE,成为「非主流网美」。

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

“Sila Ukur Baju Di Badan Sendiri” – Asfan Shah

Asfan Shah tidak menyalahkan mana-mana individu jika mereka memilih untuk menggayakannya.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Rebut Peluang, Hefny Sahad Mahu Asah Bakat Lagi

Bagi pengacara Muzik-muzik 33 ini, Hefny mengakui walaupun jadualnya padat dengan penggambaran drama dan pengacaraan, namun beliau mahu menunjukkan keyakinan pihak penerbit terhadapt bakat yang dimilikinya

Trending Tue, 10 Nov 2020

Daftar BPR Sebelum Hujung Januari 2021

Jangan lupa mark kalendar!