Hiburan By: Padin August 17, 2023 @ 9:15pm

COËX Perkenal Single Pertama, Gimme That Crown

Lima anak gadis cantik, COËX yang dianggotai Mikaela Qistina, Amy Loh, Elysha Khan, Dalini and Eyqa Shahidan muncul dengan single pertama mereka berjudul Gimme That Crown.

Single terbabit merupakan ciptaan barisan komposer berpengalaman, Chris M. Yong, Melisa YC dan Karen Yee, manakala liriknya oleh Asyraf Nasir, Mel Ramlan bersama COËX sendiri, terbitan Armani Entertainment Group (AEG).

Gimme That Crown!

“Kami masih lagi dalam proses menyesuaikan diri pasca pertandingan realiti yang disertai baru-baru ini dan sekarang masanya untuk kami menyinar berbekalkan pengalaman yang ditimba.

“Namun begitu, kami sangat gembira dan juga dapat menarik nafas lega dengan kelahiran single pertama ini kerana ia memakan masa berbulan lamanya untuk dihasilkan.

COËX Gimme That Crown

COËX tampil dengan Gimme That Crown.

“Jadi kami berharap penantian semua yang tidak sabar-sabar mendengarnya berbaloi,” jelas Amy.

Idea di sebalik terciptanya single ini datang dari COËX sendiri bersama-sama barisan komposer dan penulis lirik yang mahu ciptakan kelaianan dalam berkarya.

Bercerita mengenai maksud di sebalik single ini, Elysha berkata ia mempunyai mesej tersendiri yang mahu disampaikan.

Gimme That Crown ada mesej tersendiri

“Lagu ini sebenarnya berupa mesej yang ingin kami sampaikan kepada pendengar di luar sana yang bahawasanya kami bukanlah hanya sekadar pendatang baharu yang ‘biasa-biasa’ dalam industri muzik.

“Kami juga ingin menyeru kaum wanita agar bangkit dan rasa ‘empowered’ dengan bait-bait liriknya yang bercerita tentang mencari keyakinan diri, biar apa pun yang diperkatakan oleh orang sekeliling.

“Kami tampilkan M-Pop (pop Malaysia) yang menggabungkan elemen K-Pop, muzik rancak ala dansa dan juga rap. Kami terpaksa ‘berkampung’ di studio rakaman demi menjalani proses rakaman yang memakan masa selama sehari suntuk untuk disiapkan bermula dari tengah hari sehinggalah lewat malam, walaupun penat tetapi tidak mengapa.

“Setiap dari kami pelajari banyak perkara baharu, seperti teknik vokal yang betul dibawah bimbingan Gaston Pong, bekerja melalui ‘teamwork’ dan mencari kekuatan ‘suara’ masing-masing yang akan membezakan kami semua,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Oct 2022
Hiburan Sat, 28 Dec 2019

Sudah Bergelar Bapa, Uniknya Nama Anak Baim Wong!

Tahniah Baim Wong & Paula atas kehadiran cahaya mata sulung!

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Sun, 19 May 2019

‘Aafiyah Anak Ibu’ Bakal Tunai Umrah 23 Mei Ini!

Tambah Siti, dia sudah membuat persediaan awal dengan menunaikan solat dengan Aafiyah di sisi.

Hiburan Fri, 6 Dec 2019

Nadia Aqilah Lahirkan Cahaya Mata Sulung

Tahniah Nadia dan suami!

Hiburan Sun, 22 Jul 2018

Boyfriend Saya Bukan Suami Sakinah, Jangan Fitnah!

Saya tak tahu macam mana orang boleh kata wajah mereka sama. Isu ini membuatkan saya tertekan kerana saya memang tidak bercinta dengan suami orang.

Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Isu Boikot, Fasha Sandha Selesa Tak Beri Komen Lanjut – “Terus Doakan Mereka”

Fasha mohon orang ramai tak henti titip doa untuk mereka di Palestin.