Hiburan By: Syamir Shafie November 7, 2023 @ 8:55pm

“Kalau Emak-Emak Masih Menyusu Badan Kena Panggil, Mesti Bengkak Susu!” – MUA Bellaz Berseloroh Isu PLKN

Usahawan, jurusolek terkenal dan pempengaruh media sosial, MUA Bellaz sempat berseloroh meluahkan kebimbangan jika golongan ibu-ibu yang masih menyusu badan dipanggil untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini berseloroh mengatakan ibu-ibu akan mengalami bengkak susu kerana berjauhan dengan anak.

“Kalau mak-mak yang anak menyusu badan, macam mana tu? Habislah, bengkak susu nanti!” katanya.

Perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook miliknya itu mengundang ketawa netizen dan meraih 21,400 tanda suka, 1,300 komen serta 237 perkongsian.

Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang cahaya itu berasa gusar untuk mengikuti aktiviti-aktiviti di kem PLKN yang mencabar keupayaan fizikal memandangkan tubuh badannya tidak begitu ideal.

“Nak merangkak, berlari, berkawad semua…. hahahahah….Bellaz sekarang ni dengan perut double. Tak boleh fikir apa akan jadi nanti, terkejut lemak,” tulisnya.

Sementara itu, netizen turut memberikan komen-komen kelakar.

“Kena pam 3 jam sekali, time kawad bengkak susu naya Pak Karim. Kerajaan kena sediakan peti ais nak letak susu oi. Tertukaq susu pun satu hal jugak”

“Sambil kawad, susu meleleh”

“Masa ni la nak bagi suami jaga anak”

“Habislah nak berkawad, dengan perut bekas czer lagi”

“Kejutkan lemak yang sedang tidur”

“Usung anak pergi sekali la”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 5 Feb 2020
Trending Tue, 28 Aug 2018

Family Accidentally Leaves Sleeping Toddler Behind, Comes Back Hours Later

They didn’t even realise that their child was missing for HOURS!

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

BTS’s J-HOPE Finally Reveals Member Who Made Cameo in Daydream MV!

J-Hope played a guessing game with fans but now he has revealed the answer.

Trending Sun, 16 Sep 2018
Featured Thu, 18 May 2023
Hiburan Wed, 14 Feb 2018

《春天花啦啦!》收视告捷破10点

八度空间原创强档贺岁电视剧《春天花啦啦!》自开播以来深受剧迷们的喜爱,第五集于2月12日(星期一)更刷下收视最高点10.5点佳绩,是本地电视剧时段“搬家”以来最高的收视点!