#SeoulSaranghae: Peminat Teruja, Blackpink Bakal Adakan Konsert 4 Mac Depan!

Kumpulan K-Pop tersohor BLACKPINK telah mengumumkan bakal mengadakan konsert World Tour BORN PINK secara rasmi, semalam.

Menerusi pengumuman tersebut, BLACKPINK telah menyatakan tarikh dan lokasi untuk konsert mereka termasuklah Malaysia yang terpilih sebagai destinasi konsert jelajah mereka di Kuala Lumpur, pada 4 Mac tahun hadapan.

Namun, segala butiran dan maklumat lanjut berkenaan tempat konsert tersebut masih belum dinyatakan setakat ini.

Menjengah ke ruangan komen, berita yang dinanti-nantikan oleh peminat kumpulan k-pop itu mendapat pelbagai respons yang rata-ratanya teruja dengan konsert yang bakal diadakan nanti.

Selain Malaysia, konsert jelajah tersebut juga bakal diadakan di beberapa negara Asia, Eropah, Timur Tengah dan Australia seperti, Abu Dhabi, Manila, Melbourne, Chicago, Jakarta dan banyak lagi.

Fatin Nurain