Sering Difitnah Sudah Meninggal Dunia, Adam Corrie Respons – “Saya Masih Hidup Lagi, Tak Larat Dah Nak Jawab”

Pelakon Adam Corrie sekali lagi dikejutkan dengan berita palsu mengenai khabar bahawa dia sudah meninggal dunia seperti yang dilaporkan sebuah blogger, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Adam atau atau nama lengkapnya Adam Corrie Lee Abdullah, memuat naik tangkap layar sebuah berita yang menyatakan dia telah meninggal dunia.

“Innalilahi, khabar pilu dari pelakon terkenal Adam Corrie telah meninggal dunia hari ini…,” lapor blogger tak bertanggungjawab tersebut.

Bagaimanapun, pelakon filem KL Gangster itu mengesahkan berita tersebut adalah palsu dan memaklumkan dia kini dalam keadaan sihat.

“Ini gambar ketika shooting drama Tanah Kubur 13 tahun lepas.

“Tak larat dah nak jawab. Alhamdulillah, saya masih hidup lagi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Adam turut mempersoalkan lambakan berita palsu yang dibuat laman blog sejak akhir-akhir ini demi meraih perhatian dan menaikkan jumlah pengikut.

“Memang zaman sekarang orang suka buat berita palsu untuk raih ‘view’ ya?

“Semoga Allah berkati usia kita semua aamin,” tulisnya lagi.

Khairil Khusyairi