Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

“Zara Zya, manis orangnya.”

Itulah yang diungkapkan oleh pelawak Shuib apabila ditanya mengenai Zara Zya yang ketika ini sering dijodohkan bersamanya aktres itu selepas tularnya sebuah video di platform media sosial.

Shuib mengakui yang dia sedia maklum akan tindakan segelintir warganet yang cuba untuk ‘kenenkan’ dirinya dengan beberapa orang rakan selebriti selepas bergelar duda.

“Zara Zya….manis orangnya… Itulah saja apa boleh saya ulas mengenainya. Tiada apa lagi yang boleh dikongsikan pada ketika ini.

“Saya maklum netizen dan orang ramai ingin ‘kenenkan’ saya dengan rakan industri dan sebagainya. Namun, apa yang boleh saya katakan belum masanya lagi,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menjelaskan bahawa isu ini tidak enak untuk dibualkan kerana dia masih terkesan dengan pemergian isteri tercinta.

“Tidak manis rasanya untuk sering berbicara mengenai perkara ini memandangkan arwah (Siti Sarah) meninggal dunia belum setahun lagi,” katanya.

Terdahulu, Zara telah memuat naik sebuah video di media sosial yang memaparkan dirinya bersama Shuib menjadi tular.

Menerusi video tersebut, rata-rata warganet merestui hubungan dan ingin menjodohkan mereka bersama.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari