“Such A Vibe” – Netizen Puji Persembahan Santai Dayang Nurfaizah Di Festival Borneo Jazz

Penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, dilihat membuat persembahan di Festival Borneo Jazz secara ‘live’ yang diadakan di Coco Cabana, Miri, Sarawak.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram milik Dayang, penyanyi itu mendendangkan lagu Gurindam Jiwa mengadakan persembahan secara santai di tepi pantai.

Dayang turut menitipkan perhargaan dan ucapan terima kasih kepada Orkestra Simfoni Negeri Sarawak (SONS) kerana mengundangnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan persembahan santai yang dibawakan oleh Dayang dengan konsep ‘open air’ itu.

Pada masa sama, ramai peminatnya turut membuat permintaan agar dia mengadakan persembahan konsep yang sama di Kuala Lumpur.

Festival Borneo Jazz merupakan acara tahunan dan edisi ke-17 diadakan pada 25 Jun sehingga 27 Jun 2022 bersama Sarawak Tourism Board (STB).

Maya Basir