“May The Truth Prevail…”- Dakwaan Terajang Penghuni Kondo, Dayah Bakar ‘Back-Up’ Sharnaaz Ahmad

Pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya lega selepas mendedahkan punca sebenar pergaduhan yang terjadi menerusi muat naik video di Instagram miliknya pada Isnin.

Meskipun masih timbul pelbagai spekulasi berkenaan insiden yang berlaku, Sharnaaz nampaknya lebih selesa mendiamkan diri dan tidak mengambil pusing tentang pandangan netizen.

Terbaharu, pengacara, Dayah Bakar pula tampil mempertahankan Sharnaaz selaku jiran kepada pelakon Polis Evo itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

“Penjelasan ringkas supaya tak speculate macam-macam. Kami tahu apa yang jadi but,,, it’s best jika kenyataan datang dari Sharnaaz sendiri. 

“So, here you go… untuk makluman, Sharnaaz adalah jiran yang baik. May the truth prevail dan semoga dipermudahkan semuanya,” tulisnya.

Sementara itu, Dayah juga sempat meninggalkan komen menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Sharnaaz dan menegaskan dia berpihak kepada pelakon itu.

Sebelum ini, Sharnaaz memaklumkan dia menerima apa yang berlaku ini dengan hati yang terbuka dan tidak mahu memanjangkan cerita ini lagi.

“Saya tak nak panjangkan cerita ini. Saya mahu jalan yang terbaik untuk semua pihak sebab perkara ini berlaku bukan kita yang minta. Namun, bila dah terjadi kena terima dengan hati terbuka,” katanya.

 

Salma Syahbuddin