Featured By: Salma Syahbuddin September 30, 2022 @ 8:05pm

Sering Terima ‘Mesej Layang’ Gara-Gara Kongsi Foto Bersama Lelaki, Ashira Akui Masih Sedar Diri -“Jujur Itu ‘Crush’ Saya…”

Selepas berita mengenai perceraiannya bersama penyanyi, Bad Indigo mengejutkan ramai pihak, penyanyi Ashira Aziz mendedahkan dirinya sering menerima mesej layang apatah lagi baru-baru ini dia ada memuat naik foto bersama bekas kekasih.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ashira berkongsi ada individu yang tidak bertanggungjawab memintanya supaya sedar diri selain turut menerima panggilan yang kurang menyenangkan.

“Saya ingin memberitahu kepada semua bahawa, disebabkan gambar yang dimuat naik pada awal bulan lalu menerusi akaun Facebook saya, saya sering menerima mesej layang meminta agar saya sedar diri dengan kata-kata yang tidak beradab.

“Saya sedar diri dan belum pernah lupa diri. Insya-Allah. Sebenarnya, saya dah kenal dia masa umur 14 tahun bukannya baru kenal lepas tu tergedik-gedik tak sedar diri. Saya bukan orang macam tu sampaikan kamu boleh panggil saya b**.

“Jujur, ini adalah crush saya, tapi dia hilang dan kami berhubung macam tu saja. Kalau imbas balik kami terlalu muda pada waktu tu. Bila dah besar masing-masing ada kehidupan sendiri.

“Adalah terserempak kat mana-mana dan kami ucap ‘hai’ apa khabar dan bye sahaja. Tahulah juga perkembangan dia sebab kawan kat Facebook, tapi tengok je lah. Itu adalah sangat lama. bertahun tak jumpa dah.

“Nak dijadikan cerita tiba-tiba terjumpa balik malam Merdeka 30 Ogos lalu, itu pun sebab adik dia in my band. Jadinya mengimbaulah kisah-kisah dulu,” katanya.

Sementara itu, Ashira juga menjelaskan dia masih berpegang pada ketetapan jodoh dan memohon maaf andai perkongsiannya itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashira Aziz (@ashiraaziz)

 

Untuk rekod, Bad dan Ashira pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu selepas bertemu ketika sama-sama menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh stesen televisyen berbayar sebelum ini.

Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk berpisah pada Jun 2022.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023
Trending Wed, 9 Oct 2019

Lazada Plans to Take VR and AR into Its New Retail Experience, Soon

In the future, shopping at Lazada will not be just a mere activity; it’ll become an EXPERIENCE!

Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Alhamdulillah selesai sudah, semoga menjadi iktibar buat orang ramai

Hiburan Fri, 21 Dec 2018
Hiburan Tue, 2 Jan 2018

34岁日本AV天后苍井空结婚啦!

34岁日本AV天后苍井空1日深夜宣布结婚,抛出2018年娱乐圈第一个震撼弹!她在晒出无名指戴婚戒的照片,并透过社群网站以中,英文宣布喜讯,令全球粉丝又惊又喜。

Featured Sun, 8 Aug 2021

Kelonggaran Pergerakan 2 Dos Vaksin Bermula Selasa, Ini Senarai Kemudahan Penerima Vaksinasi Lengkap

Umum maklum, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin hari ini mengumumkan beberapa kelonggaran pergerakan buat mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap. Difahamkan, kesemua kemudahan ini akan berkuatkuasa bermula Selasa, 10 Ogos 2021 untuk negeri-negeri yang berada […]

Hiburan Fri, 1 Mar 2019

这个周末约定你!倪安东《Anthology Vol.I》第二波宣传

倪安东携新作《Anthology Vol.I》3月2日及3日一连两天,来马进行第二波宣传!