Hiburan By: Maya Basir December 5, 2023 @ 1:54pm

Saling Bermaaf-Maafan, Kes Saman RM2.5 Juta Siti Nordiana Terhadap Lima Sekawan Selesai

Saman fitnah terhadap lima sekawan sebanyak RM2.5 juta yang difailkan penyanyi Siti Nordiana akhirnya menemukan jalan penyelesaian selepas kesemua mereka saling bermaaf-maafan.

Menurut peguam Siti Nordiana iaitu Abang Azlan Abang Ariffin, perbicaraan kes itu tidak diteruskan kerana berlaku perbincangan untuk menyelesaikan isu dengan baik di antara penyanyi itu selaku plaintif dan lima defendan tersebut.

Persetujuan tersebut adalah mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan iaitu kedua-dua pihak bersetuju ia dilaksanakan di hadapan Hakim iaitu Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan secara terbuka.

Katanya lagi, permohonan maaf yang dibuat adalah atas dasar persahabatan yang pernah terjalin sebelum ini.

“Kami berharap agar persengketaan terhenti di sini dan biarlah menjadi sejarah pahit yang tidak berulang lagi,” kata mereka di hadapan Hakim John Lee.

Sebelum persidangan tamat, John Lee sempat menitipkan pesanan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam setiap kenyataan atau ucapan yang dikeluarkan.

Plaintif juga tidak ada kebebasan memfailkan semula tindakan saman terhadap defendan.

Lima sekawan iaitu penyanyi Lan Solo, Syura Badron, Nur Sheila, Sam Musyadzafar dan Raziah Ahmad membuat permohonan maaf selain memaafkan Siti Nordiana di hadapan hakim.

Siti Nordiana atau Nana turut membuat permohonan maaf kepada lima individu berkenaan dan menyatakan dia juga telah memaafkan semua tindakan mereka sebelum ini.

Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Fuh…Aliff Syukri Palace Sedia Dijual Dengan Harga RM 43 Juta

Jutawan berusia 32 tahun itu mahu menjual kediaman mewahnya kerana mahu membeli hotel pula. Hebat betul Datuk Aliff ni berniaga, powerlah!

Trending Fri, 2 Nov 2018

你相信你的眼睛吗?能看见超过四个黑点是超人!

我们常说耳朵听到的不一定是真实的,但是一定要相信自己的亲眼所见,你自己的眼睛不会欺骗你。但事实真的如此吗?

Hiburan Thu, 22 Jun 2023

Rasa Rindu Menguasai Diri, Nine Hadiahkan Peminat Rindumu Memanggilku

Kembali mengubat hati peminat, jangan lupa dengarkan Rindumu Memanggilku!

Featured Fri, 17 May 2024
Hiburan Fri, 23 Feb 2024

Tinggalkan Status Ibu Tunggal, Shakilla Khoriri Bakal Nikah Esok?

Ye ke? Kalau betul Selamat Pengantin Baru, Shakilla!