Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 3, 2023 @ 3:50pm

Zali Rusli Tak Mahu Dibayangi Populariti Abang, Tekad Cipta Nama & Bakat Sendiri

Penyanyi meningkat naik, Zali Rusli tidak mahu sekiranya perjalanan seninya sebagai penyanyi dibayangi oleh abangnya sendiri yang juga penyanyi popular, Haqiem Rusli.

Terbaru Zali Rusli muncul sekali lagi dengan single kedua beliau yang juga mempertaruhkan lagu ciptaan Haqiem dan Zali sendiri.

“Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri.

“Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami, dan ianya mendapat persetujuan dari pihak FMC Music. Namun jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain. Tapi kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaannya bersama Haqiem.

“Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat, dan saya tidak mahu dibayangi atau dikatan menumpang populariti abang saya. Moga anda semua menerima dan suka dengan lagu saya kali ini,” katanya.

Tambah Zali, dia yakin lagu bergenre balada seperti ini mudah diterima dan lekat di hati pendengar. Malah, Zali turut tidak terburu-buru untuk merakamkan semula lagu popular lama seperti rakan senior di FMC Music.

“Jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu lagu jiwang balada era 90-an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini.

“Menurut saya biarlah mereka sahaja buat dulu, saya nanti dulu. Kerana saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baru yang boleh di popularkan dan masih menepati selera pendengar. Kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan?,” jelasnya.

Zali juga meluahkan rasa teruja apabila muzik video lagu ini turut menampilkan pelakon remaja Qistina Raisah.

“Ya pada mulanya saya terkesima juga waktu jumpa Qistina Raisah. Dia bukan sahaja cantik malah dia sangat peramah. Hati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa wanita secantik Qis, selalu saya tengok Qis dalam drama je, bila dah depan mata terus terkedu. Dan jujur saya cakap saya terpaut hati pada Qis. Tapi bila dapat tahu beliau dah ada seseorang, saya pendam jelah,” ujarnya berseloroh.

Kamu Cantik Malam Ini telah dilancarkan disemua platform digital termasuk muzik video rasmi lagu ini yang turut dilancarkan di saluran Youtube FMC Music pada 29 Disember 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Aug 2024

Insiden Maid Bawa Lelaki Masuk Rumah, Isteri Dr Say Skeptikal Dengan Pembantu Negara Seberang

Dah anggap macam keluarga tapi lain yang jadi siapa tak trauma kan

Featured Mon, 16 Dec 2024

“Dia Berangan & Tindakan Itu Memualkan”- Diana Danielle

Diana berkat aini adalah masa yang sesuai untuk Farid melepaskannya.

Featured Wed, 12 Feb 2020

Datuk Faridah Hanim Haron, The Real Iron Lady

Bangkit memperjuangkan misi mengukuhkan ekonomi negara

Contest Tue, 29 Oct 2019

#JommenangXtra : Dapatkan 12 Tiket Percuma Train To Busan Dan Rasai Pengalaman Menyeramkan Di sana!

Jom sertai #JommenangXtra sekarang! Dan menangi tiket Train To Busan!

Featured Fri, 5 May 2023

“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Siapa la yang akan bertakhta di hati Mamuu ekk 😚😚 Dah la segakkk!

error: Content is protected !!