Sering Terima Mesej ‘Nakal’, Atiq Azman Takkan ‘Block’ Followers – “Sampai Minta Saya Buat Video Tunjuk…”

Pelakon, Atiq Azman memberitahu dia selesa melayan pertanyaan peminatnya kerana menganggap ia salah satu cara untuk berkomunikasi bersama peminat.

Atiq atau nama lengkapnya Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah berkata dia juga tidak selesa sekiranya menerima mesej-mesej nakal kerana dianggap melampau.

“Nak kata melayan tidaklah sangat, tapi ada juga saya layan mereka sikit tanda berkomunikasi, kerana mereka adalah peminat-peminat saya juga.

“Kalau tiada mereka tiada la Atiq, sendu komen-komen IG saya, ada mereka meriah juga IG saya.

“Tapi kalau ada mesej-mesej yang nakal sangat tu memang agak tak selesa. Tengok juga soalan, saya pilih untuk jawab,” katanya.

Tambah pelakon Nur ini, dia mendedahkan juga kebanyakkan komen-komen nakal yang diterimanya adalah daripada peminat lelaki.

“Selain komen ada juga saya terima di bahagian DM (Direct Message), antara yang teruk pernah dapat adalah gambar-gambar mereka tidak pakai baju.

“Lagi seram bila lelaki mesej cakap cair kalau tengok saya sampai minta saya buat video tunjuk bahagian bawah badan saya pula.

“Walaupun terjadi kejadian begitu, saya tak akan block mereka sebab itu antara konten yang boleh buat untuk nampak saya sentiasa aktif di IG, kalau block followers saya menurun,” tambahnya.

Nama Atiq Azman mula dikenali menerusi drama fenomena Nur yang membawa watak Mirul.

Sumber: Gempak

Khairil Khusyairi