Sharifah Sakinah Tolak Dakwaan Sedang Hamil, Hanya ‘Enjoy’ Makanan Di Dubai

Baru-baru ini tular dakwaan pelakon Sharifah Sakinah dikatakan sedang berbadan dua apabila membuat perkongsian video yang memaparkan suaminya, Michael Hansen mengatakan perut Sakinah sedikit berisi.

Terbaharu, Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired menolak dakwaan tersebut dengan menjelaskan dia hanya menikmati dengan makanan ketika bercuti di Dubai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sakinah memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang bergembira di kota Dubai.

“Tidak, saya tidak mengandung. Saya cuma menikmati banyak makanan di Dubai,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sakinah dan Michael sah bergelar pasangan suami isteri namun pelakon itu tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu.

Untuk rekod, Sakinah pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Adha pada 2015 namun disahkan bercerai pada Mei 2020.

Hasil daripada perkahwinan itu, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha.

Khairil Khusyairi