Sering Tular Video Mesra Bersama, Ameera Khan Perjelas Gosip Dikatakan Bercinta Dengan Meerqeen

Selebriti media sosial, Ameera Khan tampil menjelaskan dakwaan sesetengah warganet yang dia kini bercinta dengan pelakon kacak, Meerqeen.

Menerusi sebuah rakaman video yang tular, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan bersama ibunya, Datin Noor Kartini menjelaskan kepada umum mengenai dakwaan tersebut.

Menurut adik kepada selebriti popular Neelofa itu, dia dan bintang Melur Untuk Firdaus itu hanyalah sekadar kawan.

“Sebab ramai orang ingat ‘baby’ (saya) dengan Meerqeen ini ‘gewe’ (pasangan bercinta) padahal dop (tidak). Kita saing (kawan),” ujarnya dalam loghat Kelantan.

Tambah Noor Kartini pula, dia menjelaskan anak perempuanya itu bukan rapat dengan Meerqeen sahaja namun dengan selebriti dan pempengaruh lain.

“‘Baby’ baik belaka. Baik dengan Alvin, baik dengan semua. Bukan dengan dua orang ni saja,” ujar Noor Kartini.

Ternyata dengan penjelasan tersebut pastinya dapat melegakan hati sesetengah peminat aktor tersebut.

Terdahulu, timbul satu dakwaan yang mengatakan Ameera dan Meerqeen menjalin cinta.

Hal ini berikutan, tular beberapa rakaman video mereka kelihatan mesra bersama ketika berada di Paris atas urusan kerja.

Malah, Jun lalu turut tular sebuah video yang memaparkan kemesraan mereka ketika menghadiri sebuah acara jenama terkemuka di sebuah resort di Johor.

Lebih hangat, rata-rata netizen seolah-olah memberi ‘lampu hijau’ kepada Ameera dan Meerqeen untuk menjalin hubungan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Keluar ‘Dating’ Ketika Berada Di Paris, Kelibat Ameera Khan & Meerqeen Cetus Spekulasi – “Sepadan! Tapi Nak Dengan LMK Poket Kena Tebal”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Sesuai Pulak Dengan LMK…” Bergambar Bersama Ameera Khan, Meerqeen Diusik Netizen Ketika Hadiri Acara Fesyen

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip Cinta Jefri Nichol & Ameera Khan, Neelofa ‘Open Minded’ Soal Jodoh Adiknya

Khairil Khusyairi