Sertai Kool FM, Linda Onn Kembali Ke Udara!

Linda Onn is back! Penyampai radio popular, Linda Onn memberi kejutan apabila muncul buat kali pertama selepas lama tidak ke udara.

Bagi pendengar setia Kool FM, pasti anda terkejut apabila mendengar suara Linda mula berkumandang bermula semalam dalam segmen 3- 7 petang.

Menerusi laman Instagram Linda Onn, beliau turut memuatnaik beberapa gambar serta video dengan kapsyen yang memperlihatkan keterujaannya untuk masuk semula ke konti.

“ Setelah sekian lama tak ke udara setiap hari, akhirnya hari ni Linda kembali on air temani anda. Terubat juga rindu untuk berinteraksi dengan pendengar semua.

“Banyak juga benda baru kena belajar. Maklumlah..sistem sentiasa upgraded kan. Terima kasih @koolfmmy kerana percayakan Linda.

“ Kepada semua, terima kasih kerana mendengar dan teruskan sokongan buat Kool FM, kerana mereka kool,” tulis Linda. 

Sebelum ini, Linda telah memberi bayangan bahawa dia  bakal kembali ke konti radio kerana rindu untuk  ke udara bersama para peminatnya.

“ Ini seni ku. Mana mungkin seorang penyanyi mahu berhenti menyanyi? Mana mungkin seorang pelakon mahu berhenti berlakon? Mana mungkin seorang penulis mahu berhenti menulis? Mana mungkin seorang tukang masak mahu berhenti memasak? Mana mungkin Linda, mahu berhenti dari radio?,” tulisnya.

Penyampai radio popular Anugerah Bintang Popular selama enam kali ini, pernah berkhidmat beberapa stesen radio seprti Era FM, Sinar FM dan Suria FM. Good Luck Linda Onn!

 

SGMS Faida