Ulang Tahun Perkahwinan Ke 12 Lebih Berseri Dengan Kehadiran Aafiyah

Mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006, hari ini menjadi tarikh cukup istimewa bagi penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin.

Sambutan ulang tahun perkahwinan yang ke 12 lebih istimewa apabila pasangan suami isteri ini menyambutnya bersama anak perempuan kesayangan, Siti Aafiyah, 5 bulan.

Pelantun Comel Pipi Merah ini turut berkongsi beberapa keping gambar bersama suaminya, Datuk Seri Khalid dan Aafiyah di laman Instagram.

 “Alhamdullillah, first time celebrating our 12th anniversary with little angel #sitiaafiyahkhalid,” tulis Siti ringkas, namun penuh makna.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen di mana mereka mengucapkan tahniah selain menitipkan doa agar kebahagiaan sentiasa menyebelahi penyanyi kesayangan ramai ini. Semoga Siti, suami dan anak terus berada di bawah lindungan Allah SWT…

 

SGMS Faida