Setahun Tak Ke Gym, Afieq Shazwan Rindu Badan ‘Sado’

Penyanyi Afieq Shazwan mengaku sudah setahun tidak ke gimnasium selepas disahkan mengalami masalah tekanan darah rendah.

Penyanyi berusia 21 tahun ketika ditemui XTRA memaklumkan dia juga mengalami penurunan berat badan selepas dinasihatkan oleh doktor agar tidak mengunjungi gimnasium.

“ Saya dah berhenti ‘sadokan’ badan sejak setahun lalu. Selepas dapat berasakan ada sesuatu yang tidak kena pada badan, saya segera berjumpa doktor.

“ Saya dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti di gimnasium kerana tekanan darah rendah. Mungkin atas faktor lain seperti kurang minum air dan kurang tidur, badan saya nampak kurus berbanding dahulu,” katanya kepada XTRA.

Afieq atau nama sebenarya memberitahu dia mengalami penurunan sebanyak lima kilogram selepas meninggalkan aktiviti di gimnasium.

“ Kita tengok keadaan sekiranya kesihatan mengizinkan, saya rindu nak ke gim. Saya rindu nak ‘buat badan’,” akhiri pelantun single Darjat ini.

Afieq juga bakal tampil dalam sebuah program memasak bersama rakan selebriti antaranya Tajul, Wany Hasrita dan Wany Shaz pada bulan Ramadhan ini di TV3.

SGMS Faida