“Setengah Orang Ternanti, Tunggu Awak Pakai Seksi” – Azhar Sulaiman Beri Pesanan Pada Kasih Iris Leona

Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona, 20, yang merupakan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, 51, sering menjadi tumpuan kerana imej ditampilkan pempengaruh itu sering dikritik netizen.

Susulan itu, Azhar menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya memberi pesanan khusus buat anaknya yang kini sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom.

Menurut Azhar, dia meminta Leona untuk jangan mudah tergoda dengan nafsunya untuk memakai pakaian seksi kerana netizen hanya menanti mahu mengkritik penampilannya.

“Dear Leona.. Setengah orang memang sengaja tunggu awak buat posting dengan pakaian seksi dan kutuk awak dengan family kita.

“So jangan jadi bahan cemuhan orang ramai dengan pakaian seksi awak segala. Be smart Leona. Jangan termakan goda!” katanya di ruang kapsyen.

 

Sebelum ini, Leona selalu dikecam akibat berkongsi memakai penampilan seksi di akaun media sosial miliknya serta pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan suami orang namun menafikan dakwaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Dilabel Terlalu Seksi, Kostum Halloween Kasih Iris Leona Dikecam Netizen

Artikel Berkaitan: Anak Azhar Sulaiman Jalin Hubungan Dengan Suami Orang? Kasih Iris Leona Dedah Tuduhan Kebas RM3,000 Sebulan & Digelar ‘Scammer’

Aqilah Paharuzi