Categories: HiburanTrending

“Setiap Luka Mempunyai Kesempatan Untuk Diubati” – Sempena Syawal, Marissa Bawa Aslam Jumpa Famili… Abby Abadi Kongsi Detik Pertemuan Dengan Menantu

Pelakon Abby Abadi berkongsi momen keluarga besarnya berkumpul bersama, termasuk anak perempuannya, Marissa Dania bersama suami, Aslam.

Berkumpul meraikan kedatangan Hari Raya Aidilfitri dan menyambut hari lahir anak angkatnya, Maira Darda Farisa, Abby memuat naik video pertemuan bersama Marissa yang membawa Aslam bertemu keluarga di laman sosial Instagram miliknya.

“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.

“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” tulis Abby di ruangan kapsyen.

Menerusi video berkenaan, kelihatan Aslam dan Marissa tiba disambut oleh bekas suami Abby, pelakon Norman Hakim dan isteri, Memey Suhaiza.

Mereka kemudian datang bertemu Abby lalu Marissa datang bersalaman dan memeluk erat ibunya.

Kemudian, Abby bersalaman dengan menantunya, Aslam.

Di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur melihat kemesraan keluarga ini.

Perkongsian Abby turut menuai pelbagai pujian serta warganet turut menitipkan doa agar keluarga besar mereka kekal bahagia.

Untuk rekod, Marissa merupakan anak kedua hasil perkahwinan Abby dan Norman telah mendirikan rumah tangga dengan Aslam pada 27 Disember tahun lalu.

Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya, Umisya Mazlan di Songkhla, Thailand.

Padin