Categories: Trending

Puteri Aishah & Suami Pilih ‘Muhammad Faliq’ Sempena Nama Anak Sulung

Pelakon jelita Puteri Aishah dan suaminya, Muhammad Firdaus Sulaiman memilih ‘Muhammad Faliq’ sempena nama anak sulung mereka.

Terdahulu, Puteri telah memaklumkan dia selamat melahirkan anak lelaki pada 4 April 2024, Khamis lalu.

Namun, Puteri masih belum mendedahkan wajah putera kesayangannya itu.

“Alhamdulillah.. Puteri dah selamat melahirkan anak sulung kami Muhammad Falia pada hari Khamis, 4 April 2024, jam 8.17 malam.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami. Semoga Muhammad Faliq menjadi anak yg soleh, sihat, kelak bermantaat untuk agama, keluarga, bangsa, dan sesama umat manusia. Amin YRA,” tulisnya di kapsyen perkongsian terbaharunya di Instagram.

Untuk info, Puteri dan Firdaus telah mendirikan rumah tangga pada 21 November 2021.

 

Fatin Nurain