Categories: Trending

Dai Syed, Hana Ismail Bakal Timang Anak

Pasangan selebriti Dai Syed dan Hana Ismail mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Dai Syed ketika berkongsi foto raya mereka yang mengenakan baju berwarna hijau di Instagram.

Namun, Syed tidak mendedahkan usia kandungan isterinya, Hana.

”Makan apa dowh Hana Al-Mauzah? Lain macam. Em. Apa pun, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Syed memberi bayangan bahawan dia dan Hana tidak akan beraya berdua lagi di Instagram Story (Igs).

“Raya tahun ni di JB, hujan lebat . Beraya sampai ke Pontian jumpa Keluarga isteri.
Ini kira cun lah ae, walaupun baju dah kena air hujan, janji ada kenangan. Tahun depan Inshallah tak berdua lagi dah,” katanya.

Teruja dengan berita gembira itu, perkongsian itu telah dihujani ucapan tahniah dan titipan doa agar kandungan Hana sentiasa sihat di ruangan komen.

Terdahulu, Syed dan Hana telah berkahwin pada 3 December 2022.

 

Fatin Nurain