#setulusikhlas: Makcik Cleaner Buat Hari Fikry Ibrahim Lebih Semangat?

Pelakon Fikry Ibrahim berkongsi pengalaman manis apabila sering disapa wanita yang bekerja sebagai tukang bersih di kondominium tempat tinggalnya.

Fikry yang kini sedang menjalani penggambaran drama Kau Yang Pertama untuk slot Akasia ini memberitahu setiap kali disapa wanita itu, dia akan kembali bersemangat.

“ Setiap pagi ada seorang makcik cleaner ini akan senyum dan tanya ‘Bos okay tak, boss kerja elok-elok’.

“ Balik kerja saya rasa letih atau down tapi bila dengar je makcik tu cakap macamtu, saya mesti rasa gembira dan tersenyum.

“ Bagi saya, senyuman ikhlas walau dari siapa pun boleh membuatkan kita mulakan atau akhiri hari dengan gembira,” katanya.

Katanya lagi, setiap tindakan positif akan memberikan impak kepada orang lain juga.

Bukan apa, untuk senyum tak memerlukan bayaran apa-apa kan? Jadi banyakkan senyuman tau!

SGMS Faida