Categories: Trending

“Mereka Temui Mayat Datuk Saya Di Bawah Lereng Bukit”

Susulan kes kehilangan seorang warga emas, Haji Ramli  pada minggu lalu pencariannya kini menemui jawapan apabila mayatnya ditemui di lereng bukit berdekatan kediamannya di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya. 

Menerusi kenyataan daripada cucunya, Nun Najmeen Azam, datuknya kali terakhir dilihat oleh jiran mereka berjalan berdekatan sebuah kebun di kawasan kediaman pada hari kejadian. Dipercayai jiran mereka memanggil Haji Ramli berkali-kali namun kerana usianya yang sudah lanjut beliau tidak dapat mendengar dengan jelas. 

“Kami menghubungi pihak polis apabila dimaklumkan oleh salah seorang jiran yang melihat datuk saya berjalan di sekitar kebun. Apabila pemeriksaan dilakukan, pihak polis pada mulanya tidak menemui apa-apa bukti namun apabila mereka meninjau di kawasan bawah lereng bukit, mereka akhirnya menemui mayat datuk saya” ujar Nun Najmeen Azam, 27 tahun. 

Mayatnya disahkan meninggal dunia lebih seminggu lalu, pengecaman turut dibuat berdasarkan pakaian terakhir yang dipakai mangsa sebelum dilaporkan hilang.

Menurut Harian Metro, keluarga Haji Ramli telah membuat pengecaman di Jabatan Perubatan Forensik, Sungai Buloh sekitar jam 2.30 petang. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan mengenai penemuan mayat terbabit. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” ulasnya. 

Kami di Xtra turut bersimpati dan  mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Haji Ramli Ilong, semoga jenazah beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman pada bulan mulia ini. Takziah. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”