Nak Kahwin Punya Pasal, Shah Rukh Khan Terpaksa Menipu!

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan mendedahkan dia terpaksa menipu isterinya, Gauri Khan ketika mula-mula mahu menambat hati wanita itu.

Pelakon terkenal Bollywood itu berjanji untuk membawa Gauri yang merupakan anak orang kaya berbulan madu di Paris selepas berkahwin.

“ Saya tidak memiliki wang ketika itu tetapi saya sudah berjanji membawanya untuk melihat Eiffel Tower di sana,” katanya kepada program bual bicara Pinkvilla di India.

Nampak tidak sia-sia selepas usahanya berhasil apabila Gauri menerima lamarannya pada tahun 1991 ketika keduanya berusia 16 tahun.

Pasangan ini juga digelar pasangan selebriti paling ideal di India.

SGMS Enal