Featured By: Aqilah Paharuzi May 23, 2023 @ 4:45pm

Shaheizy Sam Belanja ‘Six Packs’ Dalam Filem Atas Tuntutan Kerja – “Isteri Terpegun, Dia Suka Effort Saya Bila…”

Pelakon, Shaheizy Sam mengakui tidak akan berjaya mendapatkan bentuk badan sasa serta mempunyai ‘six packs’ sekiranya bukan atas tuntutan kerja.

Sam yang memegang watak sebagai Inspektor Khai dalam filem Polis Evo 3 mengejutkan ramai apabila menayang’ fizikal bentuk badannya.

“Masa awal-awal tu body fat saya lebih kurang 15 peratus. Orang boleh nampak la lemak saya masih tebal.

“Jadi semasa bekerja tu saya tak fikir pasal makan. Ketika itulah saya banyak bakar lemak, berpeluh-peluh pakai vest, tak makan. Jadi lebih cepat turun. Dalam dua minggu semasa start penggambaran sampailah scene bukak baju tu perbezaan sangat ketara,” katanya.

Sebagai seorang pencinta makanan, Sam berkata amat susah untuknya mendapat berat badan yang ideal.

Justeru itu peluang yang diberikan untuk mendapat badan six packs itu tidak disia-siakan sekaligus memberi semangat untuk menjalankan aktiviti sihat.

“Saya tak adalah tolak diminta permintaan ‘belanja’ six packs tu, sejujurnya saya susah nak dapat six packs sebab saya nikmati makanan. Kalau tak bekerja memang gemuk lah.

“Bila dapat peluang macam tu, of course kena tekad nak kuruskan badan. Kira macam motivate diri sendiri untuk kuruskan badan dan jalankan diri saya menjadi lebih sihat.

“Isu belanja six packs dalam filem ni boleh dikekalkan sebagai memori dalam hidup saya dan juga untuk membezakan karakter-karakter saya yang lain sebagai Inspektor Khai,” ujarnya.

Disoal mengenai penerimaan isteri, Syatilla Melvin berhubung babak menayang badan itu, Sam berkata isterinya bersikap terbuka dan sangat memberi sokongan.

“Tilla hanya terpegun, dia pun jarang dapat tengok kita macam tu. dia sangat support, dia suka lah effort saya bila nak dapatkan sesuatu kan,” ujarnya ketika ditemui di malam gala filem Polis Evo 3 pada Khamis lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Filem Polis Evo 3 arahan Syafiq Yusof bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Mei ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 12 Sep 2018

Venue Change for Lui Peng’s Tour Stop in Malaysia

DON’T go to The Bee because there’s a change in location.

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Tue, 20 Feb 2024
Featured Tue, 4 Jun 2024
Featured Fri, 29 Sep 2023
Trending Mon, 6 Aug 2018

Lombok Bergegar Lagi, Rakyat Malaysia Diminta Bertenang

“Kedutaan Besar Malaysia kini mengaktifkan Bilik Operasi dan rakyat Malaysia yang berada di Lombok yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi nombor telefon +62215224947 dan +62 8138081 3036 (Whatsapp) serta emel [email protected] / [email protected],” kata kenyataan Kedutaan Besar Malaysia.

Trending Sun, 14 Nov 2021

“Kalau Dia Bersin, Terbina 1 Kanopi…”- Busana Serba Hitam Dikecam, Aina Abdul Akui Kurang Baca Komen Netizen

Penyanyi Aina Abdul dihujani kritikan dan usikan netizen gara-gara busana yang digayakan di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34). Menyarungkan persalinan serba hitam rekaan Behati, Aina mendedahkan dia ingin meninggalkan impak […]