Trending By: Padin November 14, 2021 @ 8:32am

“Kalau Dia Bersin, Terbina 1 Kanopi…”- Busana Serba Hitam Dikecam, Aina Abdul Akui Kurang Baca Komen Netizen

Penyanyi Aina Abdul dihujani kritikan dan usikan netizen gara-gara busana yang digayakan di acara karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34).

Menyarungkan persalinan serba hitam rekaan Behati, Aina mendedahkan dia ingin meninggalkan impak dalam setiap penampilan yang ditampilkan.

“Kalau orang nak tahu, konsep yang saya ingin tampilkan adalah kesinambungan daripada muzik video single terbaru saya yang berjudul Aina Abdul.

“Lagu terbabit menggabungkan tiga buah single hit saya iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi. Kalau dalam muzik video itu, saya tampil dengan ros merah, tapi di karpet merah ABPBH 34, semuanya berwarna hitam.

“Saya buat apa yang saya rasa betul. Saya juga mahu setiap penampilan saya meninggalkan impak, jadi saya kenalah terima jika ada yang mengkritik,” katanya.

Dalam pada itu, Aina juga mendedahkan dia kurang membaca komen mengenai cakap-cakap orang tentang cara pemakaiannya.

“Sejujurnya, saya kurang membaca komen atau kata-kata netizen yang lemparkan mengenai cara saya berfesyen. Saya kurang membaca kritikan. Mungkin sebab itu, saya boleh terus bertahan dan mencuba sesuatu yang baharu. Itu juga menjadi salah satu perkara yang sering saya buat.

“Saya hanya mengikut kata hati. Saya juga tak kisah apabila dikritik, bagi saya komen yang tidak baik juga adalah publisiti buat saya,” katanya lagi.

Merangkul trofi Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular bersama penyanyi Khai Bahar menerusi lagu Nafas Cinta, Aina bersyukur dan menganggap ini adalah hasil usaha peminat yang sentiasa menyokong.

“Khai Bahar Empire dan Ainations adalah tulang belakang kerjaya kami. Saya sendiri tak sangka usaha keras mereka membolehkan saya membawa pulang trofi ini. Terima kasih tak terhingga kepada peminat dan Khai kerana sudi berduet dengan saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Feb 2019

Elfira Loy, doa kemenangan buat bekas tunangnya, Sufian Suhaimi, dari Makkah. 

Sufian menang Persembahan Terbaik di AJL 33 semalam

Featured Wed, 17 Aug 2022
Trending Mon, 15 Oct 2018
Featured Sat, 11 Feb 2023
Featured Mon, 12 Sep 2022
Featured Wed, 25 Aug 2021
Trending Thu, 20 Sep 2018

「这笑声有毒」看着看着也不自觉地笑了!

喜欢小孩吗?是否也曾经羡慕小孩呢?他们的无忧无虑、很容易满足、容易因为一点小事就开心地大笑、因为一点小事就开心一整天。

| Live TV