Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 10, 2023 @ 7:58pm

Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang, Shakilla Khoriri Ajak Pemfitnah Bersemuka – “Rasa Ada Individu Di Sebalik…”

Pelakon sensasi, Shakilla Khoriri memilih untuk tidak mengendahkan tohmahan segelintir pihak selepas namanya heboh terpalit dakwaan bercinta dengan suami orang.

Memetik laporan mStar, Shakilla menjelaskan sebagai seorang selebriti dia banyak meluangkan masa bersama penerbit atas tuntutan kerja sehingga dipercayai telah menimbulkan salah sangka.

“Sejak kembali solo dan tidak terikat dengan mana-mana hubungan, saya berjumpa dengan ramai orang… lebih-lebih lagi sekarang saya sudah ada bisnes sendiri.

“Kelompok kawan saya sekarang sudah berubah dan bukan hanya dalam kalangan selebriti.

“Adakalanya saya perlu berjumpa penerbit bagi tujuan kerja tapi orang salah sangka mengatakan saya keluar dengan suami orang,” ujarnya.

Sementara itu, bekas isteri penyampai radio Fizi Ali ini berharap penyebar fitnah akan tampil berani menghadapnya kerana menyebarkan fitnah melampau.

“Sebenarnya saya malas nak layan tapi bila saya diam, mereka (penyebar fitnah) melampaui batas.

“Saya rasa tak perlu saya keruhkan keadaan kerana ia akan memberi kesan buat keluarga, terutamanya anak perempuan saya.

“Saya rasa ada individu disebalik perkara ini dan dia mengenali siapa saya. Kalau ada masalah, boleh saja terus hubungan saya tanpa perbesarkan isu tersebut.

“Jumpa saya terus sebab fitnah yang disebarkan ini sangat melampau,” tuturnya.

Sebelum ini, timbul dakwaan seorang pelakon wanita menjalinkan hubungan bersama suami orang.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Wanita Berstatus Ibu Tunggal Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?

Sekadar info, Shakilla dan bekas suaminya, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia, empat tahun.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 May 2023
Hiburan Thu, 14 Nov 2024

Rizalman Syukur Dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran & Al-Hadith Di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Rizalman dilantik sebagai Profesior Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith

Featured Wed, 25 May 2022
Trending Wed, 7 Apr 2021

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun. Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat. Malah, Fhan, […]

Featured Wed, 17 Dec 2025

Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’, Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa – “Sikap ‘Entitled’, Suka Tunggu Orang Suap Info..”

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi senarai ‘pet peeves’ atau perkara kecil yang boleh mencetuskan rasa kurang senang dalam kehidupan sehariannya.

error: Content is protected !!