Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi December 8, 2022 @ 7:07pm

Irma Hasmie Sebak Bawa Anak-Anak Tunai Umrah, Rasai Pengalaman Hujan Batu Ais – “Semoga Kepulangan Kami Berserta Reda…”

Pelakon Irma Hasmie meluahkan rasa syukur apabila dapat menunaikan ibadah umrah bersama anak-anaknya, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram, Irma berkata dia bahagia apabila dapat bermusafir bersama keluarganya di Tanah Suci disamping anak-anak tercinta.

“Dengan izin-NYA, sampai kami ke Madinah al-Munawwarah dan Makkah al-Mukarramah, syukur yang amat sangat rezeki menjadi tetamu Allah.

“Rasa bahagia dapat merasa pemusafiran bersama family, dengan Irfhan Naylie. Paling touching dapat bawa dorang ziarah Nabi hari-hari waktu di Masjid Nabawi,” katanya.

Menurut Irma, dia juga turut berkongsi pengalaman-pengalaman manis bersama anak-anaknya ketika berada di Tanah Suci Makkah.

“Di Makkah pula dapat duduk kat dataran dengan anak-anak dalam Masjidil Haram tengok Kaabah.

“Pastu tak sangka, SubhanAllah dapat merasa pengalaman hujan batu (ais) di tanah suci Makkah,” kongsi bintang filem Cinta Fotokopi itu.

Dalam perkongsian sama, Irma turut memohon kepada yang maha agung agar menerima taubat dan permintaan semua dan berharap kepulangannya dari Tanah Suci itu diredai Allah.

“Pada semua yang kirim doa. Semoga Allah menerima taubat kita, moga Allah terima hajat-hajat dan permintaan kita.

“Dah balik ni memang rasa rindu sangat. Semoga kepulangan kami berserta dengan reda dan keampunan Allah swt.

“Yang selalu dalam hati dan ingatan di setiap langkah saya dan sentiasa menyokong dan memberi kekuatan, doa ku moga Allah membalas dengan banyak-banyak kebaikan, bahagia dunia akhirat, dan moga Allah satukan kita kembali di syurga,” doa Irma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IRMA HASMIE IBRAHIM (@irmahasmie)

Untuk info, Irma Hasmie mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada 2012. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Apr 2020
Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

Thalia Mentor Bengang Facebook Kena Godam

Erk, siapa punya kerja pulak ni?

Featured Thu, 24 Oct 2024

Debaran Kian Terasa, Saksikan Final Showcase #XTRAXSTAR2024 Esok!

Jangan lupa saksikan #XTRAXSTAR2024 final esok okay! 🫡✨

Hiburan Thu, 3 Mar 2022
Featured Mon, 17 Mar 2025

“Setiap Kali Solat, Saya Tak Pernah Lupa Doa Buat Mereka” – Salina Saibi Gembira Hubungan Syamsul Yusof Bersama Keluarga Kini Baik

Salina Saibi meluahkan rasa syukur dan gembira tatkala melihat hubungan kekeluargaan mereka kembali akrab.

error: Content is protected !!