Euforia Bola 2026
Trending By: Aisyah Badrul April 15, 2020 @ 1:38pm

Seram! Guna Pocong Takutkan Penduduk Yang Ingkar Arahan PKP

Di India, pihak berkuasa di sana mengenakan denda dengan menyuruh pelancong yang ingkar arahan PKP menulis “Im sorry” sebanyak 500 kali. Namun, lain pula di Indonesia apabila sebuah perkampungan di pulau Jawa terpaksa menggunakan khidmat pocong untuk menakutkan penduduk kampung yang masih berkeliaran sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun malangnya, taktik menggunakan pocong ini tidak berhasil seperti yang diharapkan kerana “pocong” tersebut duduk di sesebuah tempat dalam tempoh yang lama.

Malah, kehadiran pocong tersebut telah membuatkan penduduk kampung keluar berpusu-pusu untuk melihat sendiri rupa pocong itu.

Akhirnya, pihak berkuasa disana telah mengubah taktik dan meminta para sukarelawan yang berpakaian seperti pocong muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja. Apa yang lebih menarik, pocong-pocong ini akan datang mengejutkan mereka yang masih keluar rumah pada waktu malam. Siapa tak seram kalau kena tegur dengan pocong kan!

Kredit foto: libur

Ternyata taktik ini berjayadan penduduk kampung tersebut sudah tidak berani untuk keluar rumah pada waktu malam. Mereka bimbang akan terserempak dengan pocong tanpa dijangka.

“Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka,” kata Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah

Para sukarelawan yang bertindak meyerupai pocong ini telah bekerjasama dengan pihak polis bagi membantu mengelakkan penularan wabak Covid-19 secara tidak konvesional.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 1 Nov 2022

Azhan Rani Dedah Punca Lutut Elly Mazlein Cedera – “Buat Step Kuda Bersorak Tiba-Tiba…”

Alahai Kak Kepom 🥺 Tapi min lurve semangat Kak Lina Kepom ❤️❤️ Apapun moga cepat sembuh

Featured Tue, 14 Mar 2023

Syura Badron Selamat Bersalin Bayi Lelaki

Alhamdulillah, sedap nama baby Syura 🥰🥰 Tahniah!

Trending Thu, 11 Aug 2022

Kerja 45 Jam Seminggu Berkuat Kuasa 1 September, Usul Kerja 4 Hari Seminggu

Pindaan kerja 45 jam seminggu berkuat kuasa bermula pada 1 September.

Hiburan Thu, 29 Dec 2022

Lucu… Niat Nak Membantu Tapi Tersalah Skrip.. Pandainya Jebat Jayden Berlakon Jual Barang!

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh usahawan Noor Nabila di laman Instagram memaparkan anak lelakinya, Jebat Jayden sedang membantunya berlakon untuk mempromosikan barang. Menerusi hantaran tersebut, Jebat yang melihat ibunya sedang menyapu cuba […]

Trending Thu, 12 Nov 2020
Trending Wed, 1 Sep 2021
Featured Fri, 29 Sep 2023
Featured Mon, 9 Feb 2026
error: Content is protected !!