Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin September 29, 2023 @ 1:30pm

Sentiasa Muliakan Ibu, Netizen ‘Salute’ Kak KM -“Part Ni Dia Memang No.1, Ada Orang Bila Kaya Mak Ayah Pun Dia Lupa!”

Susulan meraikan hari jadi yang ke-70 tahun ibunya yang juga pelakon senior, Normah Damanhuri baru-baru ini, usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dipanggil KM mencuri perhatian warganet.

Malah, tindakannya menghadiahkan gelang emas seberat 80 gram buat ibu tercinta menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram portal hiburan popular, Media Hiburan, Kak KM memaklumkan, apa yang ditunjukkan di media sosialnya itu bukanlah untuk tujuan konten seperti yang didakwa segelintir pihak, sebaliknya mahu meraikan insan yang banyak berkorban untuknya selama ini.

“Dua tahun lepas pun emas, mak memang suka emas, jadi haritu Kak KM buatkan celebrate birthday besar-besaran pergi dekat hotel. Tanya mak nak macam mana ? dia kata ‘mak nak ajak kawan-kawan mak lah sayang’, so saya kata ajak siapa je mak nak ajak, sayang bayar semua. Baju, makeup, segala-galanya lah.

“Dia nak jadi Tuan Puteri,  silakan. Kita tak ada masalah sebab apa Kak KM buat dia macam tu, sebab dia berhak.

“Itulah cara Kak KM nak memabalas jasa ibu , itu pun tak terbalas sebenarnya. Kalau boleh kita nak bagi macam-macam lagi. Takut kita tak sempat.

“Tu bila tanya nak apa-apa sempena birthday, dia kata tak nak apa-apa. Tapi biasalah orang tua kan? So, bawa dia pergi kedai emas, pilihlah apa mak nak ambil.

“Percayalah, itu semua bukan konten, bukan dibuat-buat. Memang itulah perangai Kak KM. Family first, mak tu lagilah nombor satu, anak-anak, adik-beradik. Siapa je punya birthday,  kak KM akan raikan,” katanya.

Tak pernah ‘skip’ bagi mak duit

Mengaku tidak pernah ‘skip’ memberikan duit kepada ibunya, Kak KM berkata, rezeki yang diberikan Tuhan akan datang dengan berganda-ganda bila ibu menjadi keutamaan.

“Memang dari dulu lagi Kak KM buat macam tu. Macam dulu kak KM kerja Maybank tahun 2000, gaji berapa je RM1,100. Tapi, Kak KM memang bagi mak duit, and dia happy sangat. So, daripada tak berapa ada duit mak dah happy sangat, tak kan lah sekarang kita ada duit kita nak buat kedekut. Tak boleh macam tu.

“Kadang-kadang berniaga ni tak selalunya untung je, tapi bahagian mak memang tak pernah skip bagi duit ataupun kurangkan. Kita percaya bulan depan berganda-ganda lagi Allah bagi rezeki,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

 

Menjengah ke ruangan balas berkenaan, rata-rata warganet kagum dengan sikap dan tidnakan Kak KM terhadap ibunya.

Bahkan, mereka berpendapat, rezeki usahawan itu mencurah-curah disebabkan dia melayan ibunya seperti raja.

“Bab ni dia memang nombor 1..dia sangat menghargai maknya.

” Memuliakan ibu bapa. Murah rezeki, keberkatan dari keredhaan ibu ni besar maknanya.

“Bab lebihkan mak ni, kita tabik spring kat Kak KM. Ada orang bila kaya, mak ayah pun dia lupa.

“Ini salah satu sebab hidup dia mewah, sebab dia sentias dahulukan mak. Yang lain-lain tu tak nak komen, itu antara dia dengan Allah.

“Kalau bab mak dia memang terbaik! 

“Inilah berkat doa ibu, rezeki dia tak pernah putus,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Sweet je tengok dua selebriti ni kan. Teman tapi mesra gituew…

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Tahniah Fizi Ali Dah Bergelar Bapa!

Alhamdulillah…Tahniah Fizi & Shakilla!

familuv Tue, 18 Dec 2018

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Pastikan anda membeli buku-buku cerita yang menarik ya!

Trending Fri, 30 Mar 2018

China Implements “Chinese Card” For Chinese Born Outside of the Country

China has been coming up with interesting things lately.

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018
Trending Sat, 13 Jun 2020
Featured Wed, 4 Sep 2019
error: Content is protected !!