Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin December 18, 2018 @ 9:00am

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Adakah anda akan meluangkan masa membaca buku untuk anak-anak sebelum mereka tidur? Jika tidak pernah, mungkin bila anda tahu tentang kebaikannya, anda akan kerap untuk melakukannya!

Motivator dan juga seorang penulis, Najmi Nawawi telah berkongsikan tentang kebaikan membaca buku untuk anak sebelum mereka tidur.

Untuk pengetahuan anda, rutin membawa buku ini menjadi amalan buat Najmi yang sudah bergelar seorang bapa. Ternyata, ianya memang memberi banyak manfaat termasuklah mampu merangsang otak anak menjadi bijak! Jom ketahui kebaikannya yang lain.

Foto: FirstCry Parenting

1. Bantu kembangkan daya imaginasi

Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Anda akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Selain itu, membantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.

2. Cipta saat-saat indah

Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya mahu anak anda ingat bahawa anda sudah mencurahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan membuatkan hati anak terpaut kepada anda.

3. Kebolehan berbahasa akan lebih mantap

Apabila anda membaca untuk anak-anak, anda sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.

4. Merangsang otak anak

Dalam penceritaan penuh perasaan yang anda sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak anda membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka, lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.

5. Pandai dalam akademik

Pastinya, teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.

Maka, jadikan amalan membaca sebagai rutin harian anda bersama anak-anak. Pastikan anda membeli pelbagai buku-buku cerita menarik yang mampu menarik minat anak untuk mendengar anda bercerita. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Najmi Nawawi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jan 2023
Featured Wed, 5 Apr 2023
Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Acara Thu, 18 May 2023

Pertama Kali Datang Ke Malaysia, Andmesh Jatuh Cinta Dengan Mi Goreng Mamak & Teh Ais

Terbaiklah Andmesh! Mi goreng mamak, teh ais siappp!🤣

Featured Mon, 18 May 2020
error: Content is protected !!