Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 29, 2025 @ 2:13pm

[VIDEO] Momen Siti Nurhaliza Menangis & Tun Hasmah Dedah Terima Hadiah Violin Bikin Netizen Gagal Tahan Sebak – “Semoga Allah Merahmati  Mereka”

Perkongsian yang tular di platfrom TikTok memperlihatkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melakukan persembahan bersama Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada acara Orkestra Tradisional Malaysia: Sound Of Malaysia baru-baru ini ternyata mengundang perasaan sebak dalam kalangan warganet.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Tun kelihatan mengiringi persembahan Siti dengan bermain violin menerusi lagu kegemaran beliau bersama Tun Mahathir berjudul Gubahanku nyanyian asal Broery Marantika.

Di akhir persembahan, Tun memaklumkan, beliau merasa terharu kerana diberi peluang untuk bermain violin dan melakukan persembahan bersama Siti.

Malah, kata beliau, alat muzik yang dibeli dari negara Poland itu adalah hadiah istimewa yang diberikan oleh Siti untuknya.

“Malam ini saya rasa terharu sebab saya kena buat persembahan. Sebenarnya Siti yang suruh saya main untuk dia sebab lama dulu kita bermain (buat persembahan) bersama.

“Dan violin yang saya mainkan tadi adalah hadiah daripada Siti made in Poland and it’s a very good one. Terima kasih,” katanya.

Tidak habis disitu, momen ketika sesi raptai sebelum konsert bermula juga sempat dirakam apabila memperlihatkan Siti gagal menahan sebak tatkala melihat Tun Hasmah yang kini sudah berusia 100 tahun masih gigih mengiringi persembahannya.

@kamemah Context : Tun Hasmah iring persembahan Tokti smlm. Tokti terharu tun main utk dia dan bagi tokti, tun Hasmah ibarat mother figure buat beliau 🥺🦋 #programjangkauanOTM #soundsofmalaysiaMMU #otmistanabudaya #orkestratradisionalmalaysia ♬ original sound – Naksu

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terharu mereka apabila dua figura hebat ini berkongsi pentas dan melakukan persembahan bersama-sama.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Mar 2023
Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak […]

Hiburan Thu, 4 Apr 2019

“Itu Bukan Bodoh, Itu Taat Secara ‘Mengkhinzir’ Buta, Watak Aisyah Dalam Nur 2 Dihentam Netizen

Dilabel “taat mengkhinzir buta’, watak Aisyah dalam Nur 2 buat netizen geram!

Trending Mon, 12 Jul 2021

Wabak Covid-19 Kini Difasa Paling Bahaya

Semoga Malaysia sentiasa dilindungi.♥

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Ibu Mertua Kritikal, Ifa Raziah Mohon Doa Terbaik

Semoga ibu mertua Ifa Raziah diberi kesembuhan segera… Insya Allah, sama-sama kita doakan!

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

“Aku Akan Tolong Adik-Beradik Yang Susah Sampai Semua Berharta” – Kak KM

Kak KM tak sanggup tengok adik-beradik dalam keadaan susah

Hiburan Wed, 12 Feb 2020

Drama Band’s Performance On AJL34—Freedom Of Speech Or Mocking ‘Politics’?

Maybe Malaysia hasn’t yet fully accepted ‘freedom of speech’.

error: Content is protected !!