Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 9, 2025 @ 1:40pm

“Aku Akan Tolong Adik-Beradik Yang Susah Sampai Semua Berharta” – Kak KM

Usahawan terkenal, Liana Rosli atau nama sebenarnya Kak KM mengakui tidak sanggup melihat adik-beradiknya berada dalam kesusahan.

Menerusi potongan video pendek sesi siaran langsungnya, Kak KM berkata kemewahan yang mereka miliki kini adalah hasil daripada penjualan produk mereka.

“Kesian Kak Uji (adik-beradik Kak KM), sebab itu aku tak ada masalah untuk tolong adik-beradik aku yang susah.. sekarang dengan jual produk sweetdara ni semua adik-beradik aku dah berharta,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial mengenai konflik antara Kak KM dan kakaknya, Kak Nona yang timbul mengenai produk mereka yang dijalankan secara bersama.

Bagaimanapun, Kak Nona membuat keputusan untuk menjalankan perniagaan tersebut secara berasingan.

“Bila dah tak sehaluan berpisah dari segi perniagaan sebenarya bagus untuk saya dan dia. Ini adalah keputusan yang terbaik.

“Dia bebas untuk panggil siapa penasihat dia untuk menguruskan perniagaannya. Saya tak campur tangan lagi, sama juga dengan saya.

“Saya akan teruskan perniagaan dengan cara saya sendiri. Bila dah lama berniaga bersama, kali ini tak sesuai dah,” katanya dalam video pendek tular di TikTok.

@azieyanti80

#kakkm #kaknona

♬ original sound – azieyanti80 – azieyanti80

Sekadar info, Kak KM dan Kak Nona (Rose Azlin) adalah anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri.

Selain mereka berdua, Normah juga mempunyai tiga anak lain iaitu Uji, Lydia, dan Ahya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 1 Dec 2019
Featured Wed, 30 Mar 2022

#WhazzupNetizen: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson, Will Smith Tempeleng Chris Rock & Pensyarah Hina Golongan B40

Segala komen baik positif mahupun negatif dilemparkan oleh netizen ya.. Fuh, panass 🔥

Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Bapa Aizat Amdan Meninggal Dunia

Al- Fatihah buat Datuk Amdan Bin Hj Mat Din…

Hiburan Tue, 29 Apr 2025

Adik Ipar Dikritik ‘Overshadow’, Ibu Mentua Erissa Puteri Akui Terkesan… Tepis Tuduhan Tumpang Populariti

Adik Ipar dikritik overshadow pengantin, ibu mentua erissa puteri terkesan

Hiburan Sun, 3 Apr 2022
Featured Thu, 11 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Wanita Menggeletis Di Gambar Atlet Angkat Berat, Sikok Bagi Dua Ustaz Ebit Lew Dikritik & Ramai ‘Flex’ Fungsi Apple Pay, Pengguna Samsung Bitter?

Alamak, ramai betul wanita yang teringin nak tidur dekat lengan atlet kita. Wow Ustaz Ebit Bersikok Duo? Apple Pay & Samsung Pay berbalah? Apa kes? Semua yang menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

error: Content is protected !!