Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 29, 2025 @ 1:07pm

Adik Ipar Dikritik ‘Overshadow’, Ibu Mentua Erissa Puteri Akui Terkesan… Tepis Tuduhan Tumpang Populariti

Majlis perkahwinan pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri hangat menjadi perbualan ramai yang mengkritik adik iparnya ‘overshadow’ pengantin.

Susulan itu, ibu mentua Erissa menerusi akaun TikTok bernama Dmzmahfuza meluahkan rasa kecewa terhadap tohmahan yang dilemparkan terhadap anak perempuannya itu.

“Sebagai seorang ibu, saya berasa terkesan dengan komen komen negatif terhadap anak perempuan saya. Anaknda saya tidak lah berniat untuk melebih lebih pada hari pernikahan abangnya dan erissa.

“Dia merupakan satu satunya adik kepada Danial dan juga satu satunya anak perempuan saya. Dia sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang undang di salah sebuah Universiti di United Kingdom.

“Soal cantik atau tidak adalah sesuatu yang subjektif. Tapi sebagai ibu, saya mendoakan yang terbaik buat anak saya dan saya juga mendoakan yang baik baik dan keberkatan untuk adik adik dan anak anak tuan,puan semua,” katanya.

Dalam pada itu, ibu mentua Erissa turut memohon maaf kepada semua pihak seandainya ada pihak yang berkecil hati dengan perkongsiannya.

“Dari pihak keluarga, saya dengan rendah hati memohon maaf seandainya ada sebarang salah dan silap yang mengguris hati dan perasaan secara sedar ataupun tidak terutama buat ‘supporters’ menantu saya, Erissa. Doakan kebahagiaan mereka dan kebahagiaan semua,” katanya.

Berdasarkan muat naik lain, ibu mentua Erissa juga menepis dakwaan menumpang populariti menantunya sekali gus menjelaskan dia sudah lama berkecimpung dalam bidang seni.

“Setiap orang mempunyai rezeki masing masing dan saya hanya melakukan yang termampu sahaja untuk anak anak saya. Tiada pun saya menumpang populariti sesiapa dan saya pun memang dah berada dalam bidang seni agak lama.

“Tetapi saya tidak menjangka akaun tiktok peribadi saya dihujani comment sedangkan saya hanyalah berkongsi gambar dan video sebagai memori untuk saya simpan,” tulisnya.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rasa Tersaing Pun” – Erissa Puteri Bersuara, Pertahan Adik Ipar Pakai ‘Veil’ Di Majlis Nikah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Sat, 23 May 2026

Kemalangan Jet Ski Di Sungai Melaka Dedah Risiko Sebenar Di Sebalik Filem Konspirasi

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan detik cemas kemalangan jet ski ketika sesi latihan filem aksi Konspirasi di Sungai Melaka yang mengundang perhatian ramai.

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Pelakon Filem Paskal Akhirnya Bertemu ESSCOM

Diharap segala proses memberi keterangan berjalan lancar

Featured Wed, 30 Jul 2025
Trending Wed, 17 Jan 2018

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Hiburan Sat, 18 Aug 2018

Lizzy Mahu Zul Ariffin?

Polis Entry sudah meraih 3.5 juta tontonan di Youtube. Wow!

Hiburan Wed, 28 Feb 2024
Hiburan Fri, 4 Jan 2019
error: Content is protected !!