Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 23, 2026 @ 7:48pm

Kemalangan Jet Ski Di Sungai Melaka Dedah Risiko Sebenar Di Sebalik Filem Konspirasi

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan detik cemas kemalangan jet ski ketika sesi latihan filem aksi Konspirasi di Sungai Melaka yang mengundang perhatian ramai.

Rakaman tersebut menunjukkan sebuah jet ski dipandu laju sebelum berlaku pelanggaran secara tiba-tiba sehingga menyebabkan individu terlibat tercampak ke dalam sungai.

Menurut pihak produksi, kejadian berlaku apabila stuntman yang terlibat dipercayai membuat pusingan mengejut ke arah kanan ketika mengendalikan jet ski. Situasi itu menyebabkan Datuk Adi Putra yang berada di belakang gagal mengelak atau membrek tepat pada waktunya sebelum berlaku pelanggaran.

Pasukan penyelamat yang berada di lokasi segera memberikan bantuan kecemasan sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Pada peringkat awal, keadaan stuntman terbabit dilaporkan agak serius sehingga memerlukan pemantauan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU). Selepas menerima rawatan awal di Melaka, mangsa kemudian dipindahkan ke Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan susulan termasuk pembedahan.

Hasil pemeriksaan turut mendapati terdapat kemasukan air kotor ke dalam paru-paru mangsa.

Bagaimanapun, keadaan tersebut disahkan tidak membimbangkan dan dijangka pulih secara semula jadi.

Kecederaan utama yang dialami melibatkan tulang pipi kiri yang retak akibat hentakan kuat ketika insiden berlaku selain beberapa kecederaan luaran dan lebam ringan pada bahagian badan lain.

Pihak produksi turut memaklumkan semua kos rawatan ditanggung sepenuhnya dan bersyukur apabila mangsa tidak mengalami kecederaan pada bahagian otak.

Selepas hampir tiga bulan menjalani proses pemulihan, keadaan stuntman berkenaan kini dilaporkan semakin baik.

Insiden tersebut sekali gus membuka mata ramai mengenai cabaran sebenar yang terpaksa dihadapi pasukan produksi serta pelakon lagak ngeri dalam menjayakan babak aksi berisiko tinggi demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih realistik buat penonton.

Filem Konspirasi diarahkan Ghaz Abu Bakar dengan sokongan Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi.

Selain Adi Putra, filem tersebut turut dibintangi Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Amir Nafis dan Che Puan Sarimah Ibrahim.

Konspirasi kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 15 Oct 2018
Trending Thu, 22 Jul 2021
Featured Tue, 4 Jun 2024
Featured Sat, 24 Aug 2024
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

Jalani Rawatan Selama Tiga Tahun, Fathia Latiff Kongsi Keadaan Terkini Lawan Sakit Schizophrenia – “Maaf Banyak Terkasar Bahasa Dulu…”

Fathia turut mengakui pernah melalui fasa sukar sehingga menimbulkan penyesalan terhadap beberapa perkongsian lamanya di media sosial

Trending Thu, 21 Apr 2022

“Keluarga Lebih Penting Dari Segala-Segalanya” – Manchester United Mengumumkan Cristiano Ronaldo Tidak Turut Serta Dalam Perlawanan Menentang Liverpool

Ronaldo dan pasangan baru melahirkan anak kembar, namun anak lelaki kembarnya meninggal dunia. Takziah diucapkan.

Trending Thu, 16 Jul 2020
Featured Tue, 6 May 2025

Siti Hariesa, Shukri Yahaya & Amerul Affendi Lancar Bru Kedai Kopi, Promosi Drama Baharu Eksklusif Di Tonton!

Menariknya, setiap pelakon tampil dengan sisi berbeza berbanding watak-watak mereka sebelum ini.

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Abby Abadi Hamil?

Kalau betul seperti apa yang dikata, Alhamdulillah…

error: Content is protected !!