Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 17, 2018 @ 2:37pm

Kurangkan Iklan Di ‘News Feed’, Mark Zuckerberg Tanggung Kerugian Hampir RM12 Bilion

Tindakan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang menukar operasi suapan berita ‘News Feed’ di rangkaian media sosial terbesar dunia itu menyebabkan beliau terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11.53 bilion (AS$3.3 bilion).

Keputusan beliau yang juga ketua pengarah eksekutif, mengurangkan sebarang spam dan iklan di ‘News Feed’ telah menyebabkan saham Facebook Inc jatuh lebih 4 peratus.

Jumaat lalu, saham syarikat itu didagangkan pada AS$179.37 yang menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding AS$187.77 sehari sebelumnya, lapor Daily Mail. 

Menurut Zuckerberg, beliau mahu mengutamakan perkongsian daripada rakan dan keluarga terlebih dahulu di samping mengurangkan kandungan bukan iklan.

Akibat dari kerugian itu juga, beliau hilang kedudukan sebagai individu keempat terkaya dunia mengatasi pengasas syarikat Zara, Amancio Ortega.

 
“Kami membina Facebook untuk membantu orang ramai berhubung dan membawa kami lebih rapat bersama orang yang penting kepada kami.

“Tetapi baru-baru ini kami mendapat maklumbalas bahawa kandungan umum – posting dari perniagaan, jenama dan media – semakin menyemakkan momen peribadi yang membawa kita saling menghubungkan antara satu sama lain,” katanya.

Zuckerberg mula mengasaskan Facebook bermula dari umur 19 tahun dan memiliki 17 peratus saham dalam syarikat berkenaan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 6 Sep 2022
Trending Fri, 29 Nov 2019
Featured Fri, 3 Sep 2021
Trending Sun, 7 Jun 2020

Semua Pasar Terbuka, Pagi, Malam, Bazaria Di Seluruh Negeri Kini Boleh Beroperasi

Khas buat para peniaga pasar pagi, malam dan bazaria serta foodtruck!

Featured Wed, 23 Feb 2022
Featured Thu, 16 Apr 2026

“Saya Tak Lagi Bertolak Ansur Dengan Perkara Yang Tak Selesa Hanya Untuk Sesuaikan Diri” – Syamim Farid

Syamim Freida mengakui, dia kini tidak lagi mengejar untuk menjaga sesebuah perhubungan ataupun persahabatan.

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
error: Content is protected !!