Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 11, 2022 @ 3:52pm

#WhazzupNetizen: Wanita Menggeletis Di Gambar Atlet Angkat Berat, Sikok Bagi Dua Ustaz Ebit Lew Dikritik & Ramai ‘Flex’ Fungsi Apple Pay, Pengguna Samsung Bitter?

Kembali dalam segmen #WhazzupNetizen untuk minggu ini dalam merungkai cerita hangat yang tular di ruangan media sosial!

#WhazzupNetizen akan mengintai mengenai pendapat wargamaya mengenai topik panas yang diperkatakan.

Jom kita imbas kembali dan semak apa kata netizen mengenai tiga topik trending yang hangat diperkatakan di media sosial!

1. Wanita Menggeletis Di Gambar Atlet Angkat Berat

Baru-baru ini, heboh di ruangan media sosial mengenai tindakan segelintir wanita yang meninggalkan komen seakan ‘menggeletis’ di ruangan komen gambar salah seorang atlet angkat berat.

Foto itu menunjukkan atlet angkat berat, Muhammad Erry Hidayat baring sambil menutup mata bersama pingat perak pertama yang diperoleh pada temasya Sukan Komanwel 2022 pada 1 Ogos lalu.

Perkara tersebut tular di media sosial Twitter menerusi sebuah ciapan yang memaparkan tangkapan layar komen-komen wanita tersebut.

Antara komen-komen mereka adalah berbaur seperti mahu tidur di lengan sado atlet berkenaan.

Tinjauan di ruangan balas ciapan tersebut, ramai dalam kalangan netizen terutamanya daripada golongan lelaki menyuarakan pendapat mereka.

Menurut mereka, perkara tersebut boleh tergolong dalam sexual harassement dan seandainya situasi bertukar di mana pihak wanita yang berada di situasi Erry, sudah pasti ramai yang mengecam.

2. Sikok Bagi Dua Ustaz Ebit Lew Dikritik

Sikok Bagi Dua sudah seakan menjadi trend yang menular di aplikasi TikTok, malah ramai dalam kalangan selebriti turut membuat trend tersebut.

Antara yang menjadi perhatian ialah Ustaz Ebit Lew yang baru sahaja memuat naik video beliau membuat trend berkenaan di TikTok miliknya.

Video tersebut bagaimanapun meraih perhatian netizen dimana rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang mereka apabila melihat gelagat Ustaz Ebit

Ramai dalam kalangan mereka berkata sangat Ustaz Ebit tidak sesuai membuat video tersebut kerana dikatakan sangat ‘cringe’.

Namun begitu, meninjau di ruangan komen video itu di TikTok Ustaz Ebit, ada segelintir netizen yang terhibur melihat gelagatnya tampak sangat comel.

3. Ramai ‘Flex’ Fungsi Apple Pay, Pengguna Samsung Bitter?

Sudah semestinya berita paling gembira buat para pengguna Apple apabila features terbaru Apple Pay kini telah hadir di Malaysia pada dua hari lalu.

Ekoran itu, ramai dalam kalangan pengguna Apple memuat naik konten di aplikasi TikTok yang menunjukkan video mereka teruja menggunakan feature tersebut.

Namun begitu, perkara tersebut telah menjadi perbalahan antara pengguna Apple Pay dan Samsung Pay yang masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

Ada segelintir pengguna Samsung Pay meluahkan rasa berang mereka yang dikatakan ‘meluat’ melihat video-video pengguna Apple Pay.

Ini kerana mereka dikatakan sudah lama menggunakan perkhidmatan Samsung Pay terlebih dahulu.

Bagaimanapun, ada juga sesetengah daripada netizen yang memilih untuk tidak masuk campur dalam perbalahan tersebut, menurut mereka isu ini tidak seharusnya diperbesarkan.

Fuh, itu dia komen-komen netizen mengenai isu hangat yang berlaku sepanjang minggu ini. Pelbagai tohmahan dan kritikan baik buruk ataupun tidak ditinggalkan oleh mereka ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Aug 2021

Kumpul Dana Untuk Frontliner, 43 Artis Meriahkan Program Amal COVAiD #BaikSemula

Platform radio Media Prima Audio (MPA) yang baru sahaja membuat penjenamaan semula baru-baru ini akan melancarkan inisiatif bersama platform kumpulan Media Prima untuk mengumpul dana bagi Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP dengan menganjurkan Program Amal COVAiD […]

LIFESTYLE Wed, 10 Jan 2018

DISCOVER THE BEST OF SOUTHEAST ASIA WITH GOASEAN!

The perfect travel, lifestyle and food channel for all ages is here – GOASEAN! The one stop channel that will bring convenience and help for travelers before they depart, so let’s check out the top 5 reasons on why we should watch GOASEAN!

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

[VIDEO] Tya Arifin Kecewa Beg Berisi Susu Badan Tertinggal Di London, Syarikat Penerbangan Dikritik

Tya Arifin kesal syarikat penerbangan tertinggal beg berisi susu badan

Featured Wed, 12 Jan 2022
Hiburan Wed, 11 Oct 2023

“Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

Alamak makin panas isu jual rumah ni.. Semoga perkara ni boleh selesaikan dengan cara baik sesama adik beradik

Featured Wed, 11 Mar 2026

“Disebabkan Saya Bersama Pal*st*n Semuanya Telah Disekat”- Nonny Nadirah

Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menyorot perhatian ramai selepas memuat naik sepotong video pendek di platform TikTok miliknya yang memaparkan luahan mengenai situasi kehidupanya kini.

error: Content is protected !!