Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 11, 2023 @ 6:42pm

“Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

Adik kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq tampil memperjelas rumah yang didiami ibunya dan adik-beradik bukan hasil pendapatan daripada kakaknya semata-mata.

Menerusi perkongsiannya di siaran langsung TikTok, Amir memberitahu rumah tersebut hanya menggunakan nama Shila dan dibayar oleh bapa mereka, Datuk ND Lala.

Namun, disebabkan wang yang digunakan untuk membayar hutang rumah selebihnya datang daripada hasil karier Shila maka dia didakwa berasa berhak ke atas rumah tersebut sepenuhnya.

“Masa umur dia 19 tahun, bapa aku nak beli rumah dan menggunakan pinjaman bank dan bapa aku adalah guarantor tapi guna nama kakak aku.

“Rumah ni masa dah dapat approval dan dibeli tu, 30 percent daripada 1.5 millions tu bapa aku pakai duit dia sendiri.

“Rumah ni dibeli masa tahun 2009. Lepas tiga tahun iaitu tahun 2012, Shila start karier dia di China tapi siapa yang bawa dia pergi sana?

“Kalau nak kata semua adalah atas usaha kakak aku dan bapa aku makan duit dia, macam mana pula karier dia dari awal sampai pergi China semua, duit mana pakai? Korang ingat tak berjuta ke bapa aku invest?,” ujarnya.

Sementara itu, Amir turut memberi cadangan sekiranya dia tidak mahu bertanggungjawab dan terbeban, tukarkan nama rumah tersebut kepada nama ibu mereka, Fauziah Sarman.

“Kalau kau rasa terbeban dan berkira dengan family kau dekat sini, kau tukar ke atas nama mak dan tak payah ambil tahu dah lepas tu berbahagialah dengan suami kau yang tercinta tu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shila dilihat sempat masuk ke dalam siaran langsung berkenaan sebelum di ‘mute’ oleh adiknya.

Menurut Shila di Instagram miliknya, penjelasan yang dibuat Amir itu hanya rekaan untuk mencari publisiti.

Malah, anak sulung kepada ND Lala ini mendedahkan pernah dipukul adiknya dan mencabarnya untuk tunjukkan keberanian seperti yang dikatakan di siaran langsung itu.

“Kau guna nama kakak kau for clout and nak terangkan ‘kebenaran’ yang kau cipta sendiri untuk menambah rasa sedap pada kisah dongeng yang kau buat sendiri? Kenapa takut?

“Kenapa mute aku kalau kau betul. Aku dah sampai limit ni, aku ada semua receipt jangan ingat aku diam, aku ni yang bangang.

“Kau ingat aku takut ke kau nak sepak muka aku lagi? Meh la kalau kau betul anak jantan sulung macam kau claim, bak datang. Aku tunggu,” kata Shila.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Dihalau & Rumah Akan Dijual, Shila Amzah ‘Tegur’ Perkongsian Syada Amzah? – “Keep Things In The Fam, Not For Fame”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Jan 2026

“Saya Tidak Salahkan Sesiapa, Allah Pilih Bumi Anbiya Sebagai Tempat Terakhirnya” – Suami Allahyarham Nadia Kesuma

Meskipun sedih dengan pemergian isteri tercinta, Nadia Kesuma, suaminya, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah menzahirkan rasa reda dengan ujian yang menimpa.

Featured Thu, 16 Jan 2025
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

Trending Sat, 27 Jan 2018

传统婚宴太无聊 新人办「肯德基婚礼 」

结婚是一生的大事之一,虽然许多人都会向往一个梦幻又华丽的婚礼,留下回忆,但这样的婚礼真的要筹办起来,需要耗费不少金钱和精力。英国有一对新人就选择在速食店肯德基结婚,场地非常特别,又可以省下很多钱,所有的客人也都很享受炸鸡和饮料,度过特别的一天。

Featured Wed, 7 Dec 2022
Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Raja Ema Kekalkan Konsep ‘Manja’ Dalam Single Terbaru

Raja Ema memilih merakamkan lagu berkonsep ‘manja’ walaupun usia sudah mencecah 50 tahun. Masih comel & awet muda gitu…

Trending Fri, 3 Apr 2020
error: Content is protected !!