Selebriti By: Atiqah Johari October 11, 2023 @ 9:54am

Dedah Dihalau & Rumah Akan Dijual, Shila Amzah ‘Tegur’ Perkongsian Syada Amzah? – “Keep Things In The Fam, Not For Fame”

Sebelum ini, adik kepada penyanyi Shila Amzah, Syada Amzah memberi bayangan rumah yang didiami mereka akan dijual menerusi perkongsian di Instagram Story.

Artikel Berkaitan: “Rasa Macam Kita Ni Haiwan Strays… Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi” – Syada Amzah Bagi Hint Rumah Nak Kena Jual?

Luahan Syada telah menarik perhatian warganet dan juga pihak media.

Namun begitu, Shila pula memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story seakan menegur adiknya.

Biarpun tidak menyebut nama, Shila menegaskan hal keluarga biarlah kekal menjadi hal keluarga dan tidak perlu untuk dikongsikan sehingga meraih perhatian banyak pihak.

“Keep things in the fam. Not having headlines for merely fame,” tulisnya ringkas.

Shila Amzah

Sebelum ini, Syada didakwa bergaduh dengan Shila apabila masing-masing saling ‘unfollow’ akaun Instagram.

Namun begitu, Syada telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Artikel Berkaitan: Guna Hashtag #TeamSyahir Untuk Famili Duo, Shila & Syada Amzah Saling Tidak Mengikuti di Instagram… Kenapa Ni?

Artikel Berkaitan: Didakwa Berbalah Dengan Shila Amzah, Syada Amzah Tampil ‘Buka Mulut’ – “Saya Sentiasa Perang Dingin Dengan Mereka”

Untuk info, Shila dan adik lelakinya, Syahir bakal bergandingan sebagai duo adik beradik dalam program nyanyian Famili Duo musim ke-3 yang bakal bersiaran secara langsung dari Glenmarie, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 mulai 15 Oktober 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra