Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 15, 2024 @ 5:31pm

Siapakah Pilihan Hati Anna Jobling? Lelaki Sentiasa Di Sisi Atau Jejaka Menambat Hati?

Takdir yang tertulis mungkin seringkali berbeza dari apa yang diimpikan, namun ia sentiasa punya cara untuk membawa kita ke destinasi yang lebih baik. Begitu juga dengan perjalanan hidup seorang wanita bernama Cahaya (Anna Jobling), yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus (Nazrief Nazri), pada hari ulang tahun perkahwinan mereka.

Saat Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharap menjadi kenyataan musnah dalam sekelip mata. Apakah Cahaya akan mampu menemui kebahagiaan yang selama ini menjadi impiannya? Sesuatu yang diharap datang membawa sinar baru dalam hidupnya?

Slot Akasia TV3 bakal menghangatkan petang anda dengan drama bersiri terbaharu berjudul Hai Cinta, Dengarkanlah!, terbitan A10 Alliance. Bermula 17 September 2024, kaki-kaki drama akan dihidangkan dengan perjalanan emosi yang menyentuh jiwa melalui 28 episod yang penuh dengan liku-liku kehidupan dan percintaan yang tidak dijangka.

Drama yang diarahkan oleh Eoon Shuhaini ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Shukri Yahaya, Anna Jobling, Niezam Zaidi, Rania Amanda, Aleza Shadan, Zulkifli Ismail, Raden Zaharatul dan ramai lagi. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama penuh emosi ini di slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam, atau strim di iQIYI satu jam selepas siaran di TV3.

Hai Cinta, Dengarkanlah! akan membawa penonton meneroka hidup Cahaya yang kini bergelar sebagai janda. Di dalam kesedihan yang dihadapi, Hakimi (Niezam Zaidi) muncul sebagai penyelamat.

Walaupun Cahaya menolak bantuan Hakimi, dia tetap bertegas untuk membantu dan menjaga Cahaya serta menyokongnya selepas kelahiran anak sulungnya, Fifi (Rania Amanda). Dengan penuh kasih sayang, Hakimi sentiasa berada di samping Cahaya dan menjadi sumber kekuatan dalam tempoh paling sukar dalam hidupnya.

Selepas beberapa bulan kelahiran Fifi, Cahaya kembali bertugas sebagai kurator di Muzium Kuching. Namun, selepas kontraknya tamat, dia dan Fifi harus pulang ke Semenanjung Malaysia.

Takdir tidak pernah salah alamat apabila Cahaya dipertemukan dengan Adib (Shukri Yahaya), seorang lelaki baik hati yang banyak memberi perhatian kepada Fifi. Pertemuan itu membuka peluang baru untuk Cahaya apabila dia ditawarkan untuk bekerja di galeri yang diusahakan oleh Adib.

Seiring dengan perjalanan mereka, hati Cahaya mula terbuka untuk menerima cinta baharu. Tetapi, dengan kehadiran dua lelaki yang penting dalam hidupnya, Hakimi yang telah menunjukkan kesetiaan tanpa syarat. Manakala Adib, yang disukai dan diterima oleh Fifi. Cahaya berhadapan dengan dilema yang sukar untuk membuat keputusan. Adakah dia akan memilih Hakimi, yang sentiasa ada di sisinya? Atau Adib, yang mungkin akan membawa kebahagiaan baharu dalam kehidupannya bersama Fifi?

Jangan ketinggalan untuk saksikan lakonan Shukri Yahaya, Anna Jobling dan barisan pelakon yang penuh bakat dan jalan cerita yang menyentuh hati ini menerusi slot Akasia mulai 17 September 2024 setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam

Teruskan menonton Hai Cinta, Dengarkanlah! bermula 17 September 2024 , setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3. Penonton iQIYI VIP boleh strim episod terkini secara ekspres di aplikasi iQIYI – 1 jam selepas siaran di TV pada hari yang sama. Manakala, episod baru boleh ditonton secara percuma – 48 jam kemudian. Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, sekarang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#tilljannah Sat, 10 Dec 2022

Safawi Rasid Beri Syifa Melvin Gift Di Live TikTok, Netizen Cakap Sweet!

Pasangan pengantin baru, Syifa Melvin dan Safawi Rasid sekali lagi mencuri tumpuan netizen kerana gelagat manis mereka di media sosial. @fatinhananie Bersemut lah screen phone kita dengan pengantin baru #syifawi ni 😍 #syifamelvin #tiktokviral #racuntiktok […]

Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Fri, 29 Mar 2024

“Asyik Nak Tunjuk Kau Punya Sabar”- Kakak Adira ‘Sound’ Datin Red, Dedah Adira Suhaimi Selalu Kena Buli

Betullah tu, mana ada kakak yang sanggup tengok adik dia kena buli 🔥🔥🔥

Featured Mon, 15 Aug 2022
Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Kugiran Masdo Pergi London?

Kugiran Masdo nyata mengakui cukup teruja apabila diberikan peluang untuk merakamkan single terbaru mereka di sana pada Ogos depan. Mereka memberitahu menerima tawaran berkenaan daripada Kumpulan, The Bootleg Beatles

Trending Tue, 23 Jul 2019

Doa rezeki ‘seluas langit’ Neelofa tular!

Jom tingkatkan amalan berdoa setiap hari.

Hiburan Sun, 22 Apr 2018

Ain Edruce Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Perkenalan tersebut dikatakan bermula dari dua tahun lepas itu melalui instagram miliknya. Walaupun belum bersedia mendedahkan identiti kerabat diraja berkenaan, Ain mengakui selesa berkawan dengannya.

Trending Sat, 28 Sep 2019

事实 VS. 媒体想让我们看到的模样

「资讯爆炸」的程度已经远远超过当初发明这个词的人们所能想像得了,而这样的环境下衍生了可怕的问题。

Hiburan Tue, 25 Mar 2025

Neelofa Tepis Dakwaan Sengaja Menunjuk Bilal Lancar Baca Al-Quran – “Itu Terjadi Spontan”

Neelofa tak ada niat kongsi Bilal lancar baca surah al fatihah

error: Content is protected !!