Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 2, 2025 @ 1:17pm

CSOIAM: Gagal Faham Melodi Punca Dhania Kecundang Di Minggu Kedua – “Lagu Tu Susah Untuk Saya”

Peserta paling muda Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Dhania mengaku minggu kedua merupakan konsert merupakan cabaran paling sukar untuknya.

Mana tidaknya, gagal memahami melodi lagu yang diberikan menyebabkan Dhania, 16, sukar memberikan persembahan dengan baik dan tampil dengan penuh keyakinan.

Membawakan lagu popular penyanyi Shima berjudul ‘Teringin’, Dhania bagaimanapun mengaku selain tidak faham terhadap struktur melodi, lagu tersebut juga bukanlah genre pilihannya.

“Lagu tu memang susah untuk saya. Saya tak pernah dengar lagu tu sebelum ni, jadi saya baru belajar. Jujur, saya memang rasa akan tersingkir.

“Sepanjang minggu, saya banyak menangis dan risau. Tapi saya cuba buang rasa tak yakin atas pentas dan berasa puas dengan persembahan saya kerana berjaya sampaikan apa yang saya mahu kepada penonton,” ulasnya.

Namun, sebagai juri tetap dalam program CSOIAM, Ziana Zain tetap memuji kehebatan penyampaian Dhania.

“Lagu ini memang memerlukan penghayatan yang mendalam, tetapi awak berjaya melakukannya dengan baik. Walaupun sangat mencabar, baru minggu kedua, tapi awak dah berikan yang terbaik,” katanya.

Manakala, Cakra Khan pula menganggap emosi yang diberikan Dhani pada konsert minggu kedua itu sangat luar biasa.

“Emosi yang awak sampaikan sungguh luar biasa. Persembahan awak mengagumkan,” komennya ringkas.

Selain Dhania, minggu kedua  pentas CSOIAM yang dimulakan dengan Top 14 berakhir dengan suasana hiba dan suram apabila empat bakat muda terpaksa meninggalkan pentas, iaitu Trio XL, Erfarina, dan Aniq Iffat.

Keempat-empat mereka telah memberikan persembahan sehabis baik, yang rata-ratanya menerima komen positif daripada pihak juri. Namun, nasib mungkin tidak menyebelahi mereka, apabila berhadapan dengan saingan sengit daripada peserta lain yang tidak kurang hebatnya. Mereka tetap menunjukkan dedikasi tinggi dan bakat yang patut dipuji dalam suasana pertandingan yang begitu kompetitif.

Peserta paling ‘FIZZ’ minggu kedua pula dinobatkan kepada Jimi selepas mendendangkan lagu Di Penjara Janji dengan persembahan yang penuh bertenaga, kekuatan vokal, dan keaslian pada nada rendah yang terpancar.

Kemenangan ini sekali gus membuka peluang keemasan buatnya untuk berduet bersama penyanyi, penulis lagu, dan komposer terkenal, Aina Abdul, bagi tugasan pada minggu ketiga nanti.

Menyaksikan persaingan 10 peserta pada minggu ketiga CSOIAM, tema “Rasa Paling Indah” dipilih bagi menjanjikan hiburan yang penuh dengan irama kegembiraan.

Berikut merupakan barisan top 10 CSOIAM:

  1.  Rezza Shah
  2. Mariam
  3. Alya Mardien
  4. Kai Deva
  5. Zazzleen
  6. Marygrace
  7. Jimi
  8. Dayangku Iffah
  9. Hafiz Zainal
  10. Eylia Guntabid

Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!

Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.

Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Oct 2018
Hiburan Fri, 4 May 2018

Ini Ujian Allah Untuk Saya…

Ketika diajukan soalan sama ada beliau tahu punca ‘sakit’ ini muncul, pelakon kelahiran Singapura ini menganggap semua ini ujian dan enggan menuding jari ke arah sesiapa.

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

Belum Move On Dengan Camelia, Diana Danielle Bakal Beraksi Dalam “Syurga Untukmu” Pula!

Lakonan Diana tak pernah mengecewakan. Tak sabar nak tengok Syurga Untukmu pulak!

Hiburan Thu, 18 Jun 2026

“Muka Berubah Bila Aku Tegur…” – Atiq Azman Dakwa Ada Selebriti Rasa Diri Terlalu ‘Star’, Pilih Kawan Di Set

Atiq turut mendakwa dia dapat merasakan perubahan riak wajah pelakon terbabit apabila cuba bertegur sapa, berbeza dengan layanan yang diberikan kepada rakan-rakan lain.

LIFESTYLE Sat, 29 Dec 2018

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Ini

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Elak Anak Jatuh Sakit

Hiburan Wed, 2 May 2018

Diva AA Teringin Jadi Senator

Kalau tengok dia satu-satunya artis yang terpilih menjadi senator, saya tidak tahu proses dia macam mana tapi saya ada impian untuk sampai ke tahap itu…

Featured Wed, 21 Sep 2022

Ayie Elham Kongsi Perubahan Selepas Bergelar Bapa

Ayie kongsi perubahan selepas bergelar bapa

Featured Fri, 15 Nov 2024

Enggan ‘Personal Shopper’ Guna Foto Miliknya Untuk Jual Bag, Elfira Loy Titip Pesanan – “Nanti Orang Tertipu Dia Bukan Cari PS, Dia Cari Saya”

“Walaupun bukan salah saya, tapi saya malas nak ada sakit kepala orang mengadu pada saya.” – Elfira Loy

error: Content is protected !!