Trending By: Maya Basir April 12, 2022 @ 5:07pm

COVID-19: Dua Lagi Varian Baru Omicron Dikesan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan terdapat dua sub-varian baru Omicron COVID-19 yang lebih mudah merebak dan berpuluh kes sedang dikesan.

Penilaian sedang dibuat oleh agensi kesihatan PBB untuk memastikan sama ada dua sub-varian baru Omicron itu lebih menular atau berbahaya.

WHO berkata, dua sub-varian baru itu ialah BA.4 dan BA.5 iaitu varian bersaudara dengan varian BA.1 yang merupakan varian asal Omicron.

Pemantauan sedang dibuat bagi kedua-dua varian baru tersebut setelah varian BA.1 dan BA.2 mendominasi diperingkat global.

Tambah WHO, kajian perlu dilakukan untuk lebih mengetahui kesannya terhadap potensi risiko untuk terlepas daripada imunisasi.

Seperti yang sedia maklum, virus akan terus bermutasi sepanjang masa tetapi hanya beberapa yang akan memberi kesan terhadap keupayaan mereka untuk merebak, mengelak imuniti terdahulu hasil vaksinasi atau jangkitan, atau keterukan penyakit itu.

Misalnya, BA.2 yang kini mewakili 94 peratus daripada semua kes yang disenaraikan, maka ia lebih mudah berjangkit daripada adik beradiknya.

Namun, setakat ini bukti menunjukkan varian-varian itu tidak lebih berkemungkinan menyebabkan gejala yang teruk.

Menurut WHO, terdapat hanya beberapa puluh kes BA.4 dan BA.5 dilaporkan kepada pangkalan data GISAID global.

Agensi keselamatan Kesihatan United Kingdom berkata minggu lepas, BA.4 ditemui di Afrika Selatan, Denmark, Botswana, Scotland dan England dari 10 Januari hingga 30 Mac.

Setakat minggu lepas, kesemua kes BA.5 itu berada di Afrika Selatan, tetapi pada Isnin, Kementerian Kesihatan Botswana berkata empat kes BA.4 dan BA.5 telah dikenalpasti.

Kesemua kes tersebut adalah dalam kalangan individu berumur 30 hingga 50 tahun yang telah menerima vaksin sepenuhnya dan mengalami gejala ringan.

Sumber: Astro Awani

Kredit foto: Getty Images

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Jul 2021

Mohon Bantuan Perlindungan Buat Orang Bekerja Sendiri (OBS) Sekarang!

Wah, bantuan buat orang bekerja sendiri pun ada gaisss!

Featured Sat, 8 Oct 2022
Trending Mon, 2 Jul 2018

Jijik! Cabul Pelajar Kolej Di Tiga Lokasi Berbeza

Hari Raya Kedua orang sibuk beraya, lelaki ini sibuk mencabul pula. Kan dah kantoi!

Events Sat, 15 Feb 2020