Selebriti By: Atiqah Johari August 30, 2023 @ 10:59am

Didakwa Kahwin Atas Dasar ‘Harta’, Ini Jawapan Intan Najuwa – “Siapa Saya Nak Pertikai Jodoh?”

Umum mengetahui pelakon Intan Najuwa telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Intan Najuwa Bergelar Isteri Kepada Datuk Ahmad Azraf… Terima Hantaran Bernilai RM222,000

Namun, timbul pula dakwaan dalam kalangan warganet yang menyatakan dia berkahwin dengan suaminya itu atas dasar harta kekayaan semata- mata.

Susulan itu, memetik laporan Malaysiakini, Intan mengakui membaca komen-komen sedemikian namun memilih untuk mengendahkannya.

Malah, Intan mempercayai bahawa jodoh pertemuan telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya baca komen-komen itu. Ada orang cakap saya kahwin sebab duit. Ini sangat normal bagi saya sebab orang akan sentiasa bercakap tapi yang lalui kehidupan itu adalah sendiri.

“Susah atau senang, semua kita telah sendiri. Siapa saya nak pertikai jodoh?

“Kita memang boleh merancang tapi jodoh, pertemuan dan maut tetap di tangan Tuhan. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita sebab paksa macam mana sekalipun, yang tentukan Allah jua,” jelasnya.

Untuk makluman, majlis pernikahan Intan berlangsung secara eksklusif di One & Only Resort, Desaru, Johor.

Perkahwinan pelakon ini menjadi perhatian apabila menerima wang hantaran daripada pengantin lelaki sebanyak RM222,000 dan mas kahwin bernilai RM20,000.

Artikel Berkaitan: Kongsi Detik Awal Perkenalan, Intan Najuwa Syukur Suami Memahami Kerjaya Seni

Artikel Berkaitan: “Kelemahan Saya Bila Pengantin Pakai Eyelash Extention…” – Makeup Intan Najuwa Dikritik Terlampau ‘Heavy’ & Tak Cantik, Alha Alfa Tampil Beri Respons!

Sumber: Malaysiakini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 14 Sep 2020

Semua Sekolah Di Kedah Bakal Ditutup

Sama-sama kita tunggu pengumuman nya okay!

Hiburan Tue, 24 May 2022

Beberapa Kali Tertangguh, Puteri Gunung Ledang The Musical Dibatalkan

Setelah beberapa kali ditangguhkan, teater Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical terpaksa dibatalkan. Pengumuman rasmi itu diumumkan oleh syarikat penerbitan teater muzikal tersebut, Enfiniti (M) Sdn Bhd menerusi hantaran terkini di laman Instagram mereka. “Kepada […]

Hiburan Wed, 2 Jan 2019
Trending Fri, 16 Feb 2018

JUMPA DOMPET DI PETRONAS, LIHAT APA LELAKI INI LAKUKAN!

Dalam status berkenaan, Izz meminta rakan-rakan di laman Facebook beliau untuk menjejaki pemilik wallet berkenaan dan meminta status itu diviralkan. Hasilnya? Lihat gambar di atas.

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“MARUAH DI MANA NAK LETAK KAMJAT” – SHARNAAZ AHMAD KOMEN ISU FARID KAMIL

Diana Danielle mengakui beliau sendiri terkejut dengan penahanan suaminya itu dan enggan mengulas dengan lebih lanjut isu ini

Trending Tue, 23 Apr 2019

Baling keju ke wajah bayi, kegilaan apakah ini warganet?

Keju melekat di muka si kecil memang nampak comel, tapi kesian!

Featured Sun, 4 Dec 2022