Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 12, 2023 @ 1:51pm

Masih Trauma, Kamal Adli Sedia Berjumpa Penyerangnya -“Saya Memang Tak Mahu Pergi Sana, Tapi Saya Tak Puas Hati Sebab…”

Pelakon Kamal Adli mengaku masih trauma terhadap insiden yang menimpanya pada acara Jualan Mega Hari Raya yang berlangsung di Dewan 5a Ekspo Singapura pada Mac lalu.

Menurut Kamal, walaupun masih trauma dia sedia untuk kembali ke Singapura bagi membantu siasatan dan memberikan keterangan di Mahkamah.

Malah, dia juga mahu mendapatkan kepastian mengenai punca sebenar serangan dilakukan oleh individu terbabit.

“Memang saya tak mahu pergi ke sana buat sementara waktu sebab trauma tu masih belum hilang. 

“Tapi sebagai mangsa jika kenyataan saya diperlukan saya bersedia untuk membantu supaya pelaku tersebut menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya,” katanya.

Sementara itu, pemilik nama Ahmad Kamal Muhammad Adli ini memaklumkan, perasaaan tidak berpuas hati terhadap individu terbabit masih ada memandangkan ketika insiden berlaku, dia sempat bertanya kepada penyerangnya sebab mengapa dia bertindak demikian, namun individu itu hanya diam dan pihak polis juga tidak dapat menjelaskan tentang hal terbabit secara terperinci.

“Saya tidak berpuas hati kerana ketika saya dipukul saya ada tanya sebab apa saya dipukul tapi penyerang itu senyap. Dan pihak polis juga tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hal terbabit dan hanya memaklumkan ia hanyalah berkaitan isu peribadi,” jelasnya.

Meskipun ini adalah kemunculan pertamanya bertemu media secara dua mata, namun Kamal menjelaskan insiden tersebut memberikan impak yang besar terhadap kehidupandan kerjaya seninya sehingga ke hari ini termasuklah dia takut apabila berada di tempat umum selain hilang kepercayaan terhadap orang sekeliling.

“Rasanya sangat tidak seronok disebabkan saya lebih banyak berkurung di rumah. Saya pula jadi macam suri rumah, isteri keluar bekerja. Sepanjang dua bulan ini saya terpaksa lupakan beberapa tawaran kerja yang telah dipersetujui,” ujarnya.

Terdahulu, Kamal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang oleh seorang lelaki berusia 34 tahun menggunakan cota besi di Singapura sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Takutnya Peminat Psiko Macam Ni!”- Kes Serang Kamal Adli, Netizen Dedah Bukti Peminat Obses… Anggap Uqasha Kekasih Hati

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Serang Kamal Adli Direman 2 Minggu Jalani Penilaian Psikiatri

ARTIKEL BERKAITAN:Uqasha Senrose Upah Pengawal Keselamatan, Dedah Kamal Adli Sukar Dibawa Terima Rawatan – “Dia Lebih Rela Dipukul Dengan Cota 50 Kali”

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 28 Dec 2017

Ibu Kepada 3 Orang Anak Gantung Diri Di Dalam Bilik

Cekik anak perempuannya sampai mati, ibu kepada 3orang anak gantung diri di dalam bilik

Trending Fri, 20 Nov 2020
Trending Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Sat, 8 Apr 2023
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

10 Male Korean Artists Who are Shorter Than 170cm

And they’re super good looking!

Trending Wed, 15 Apr 2020
error: Content is protected !!