Categories: HiburanSelebriti

Sharifah Rose Sakat Ezzrin Loy Sambil Buat TikTok, Peminat Berseloroh – “Yang Ni Approve! Muka Nak Dekat Sama”

Pelakon Sharifah Rose sekali lagi mencuri tumpuan dalam kalangan peminat selepas melihat gelagatnya ketika bersama aktor, Ezzrin Loy.

Menerusi perkongsian di TikTok Story, Rose telah memuat naik videonya mengganggu Ezzrin Loy yang sedang bermain telefon bimbit sambil membuat tarian TikTok.

Menyedari tindakannya dirakam, Ezzrin secara spontannya turut membuat tarian TikTok bersama pelakon jelita itu.

Teruja melihat kemesraan mereka, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, rata-rata pengikutnya turut bersetuju sekiranya Rose dan Ezzrin menjalinkan hubungan cinta.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kongsi Video Camping, Netizen ‘Restu’ Hubungan Sharifah Rose & Ezzrin Loy – “Faham Lah Maksud Matching Hoodie Tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Rose, Ezzrin Loy Hanya Berkawan Rapat – “Kami Mungkin Dalam Fasa Berkenalan Lagi”

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Hantar Video Sharifah Rose & Ezzrin Loy Di Pusat Membeli Belah… Netizen Dakwa Sedang Bercinta, Siap Pegang Tangan?

Fatin Nurain