Categories: HiburanSelebriti

Menghitung Hari Nak Bersalin…. Syifa Melvin Mohon Doa Urusan Dipermudahkan, Siap Minta Tips!

Selebriti Syifa Melvin kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertama hasil perkongsian hidup bersama suaminya yang merupakan pemain bola sepak tanah air, Safawi Rasid.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syifa sempat memohon orang ramai mendoakan agar segala urusannya untuk melangkah ke fasa baru itu dipermudahkan.

Malah, Syifa juga sempat meminta tips berkaitan kelahiran daripada pengikutnya yang sudah bergelar ibu bapa.

“Hi loves! Doakan lancar segala urusan Syifa menuju ke new phase in life.. any tips tak korang nak share? Hehehe,” tulisnya.

Menerusi perkongsian lain, Syifa turut menyatakan dia tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang mengandung kerana sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Namun, dia mempunyai kebimbangan dengan pengetahuan asas terhadap perihal penyusuan badan selepas bersalin sehingga sanggup berguru dengan pihak yang mahir dengan perkara tersebut.

“Harini i attended breastfeeding 1 to 1 session with @breastfeedwithsimran , Honestly mengandung takde masalah, nak deliver pun Syifa dah set otak dah sebab soo soon dah, i hadap je sebarang kemungkinan.

“Tapi sejujurnya Syifa paling risau pasal breastfeeding sebab kita dok dengar bengkak susu, nipple crack semua.. so Syifa memang tak ada lansung ilmu pasal tu kan.

“So i decided nak pergi jumpa @breastfeedwithsimran untuk selesaikan kerisauan ni,. bila dah ada ilmu Alhamdulillah dah confident😇🤲🏼 Selebihnya berdoa je supaya semua smooth.. Thank you to @sofeamastan for arranging this!,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para ibu tampil memberikan pelbagai respons berkenaan tips sebelum, semasa dan selepas melahirkan.

Malah, mereka juga turut mendoakan agar kesihatannya bersama bayi dalam kandungan sentiasa dalam keadaan yang baik.

Terdahulu, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.

Fatin Nurain